seismik

[VIDEO] Tak Puas Hati Sebab Kena Amaran Ketika Futsal, Lelaki Ini Tepuk Kepala Pengadil

Eh, macam dia pula pengadil.

Cover image via @om_bank (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Futsal merupakan aktiviti kegemaran ramai, lebih-lebih lagi bagi golongan lelaki

Lumrah setiap permainan, futsal juga mempunyai peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pemain bagi menjamin permainan yang adil.

Tular satu video di media sosial baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki menepuk kepala pengadil akibat tidak puas hati diberikan amaran telah mendapat perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak puas hati punya pasal, habis kepala pengadil ditepuk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @om_bank di TikTok, kelihatan rakaman menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bermain futsal.

Turut dirakam aksi salah seorang pemain melanggar peraturan permainan lalu diberikan amaran oleh pengadil. 

Namun, apa yang menghiburkan warganet adalah apabila lelaki tersebut bertindak untuk menepuk kepala pengadil akibat tidak puas hati.

“Banyak kali ulang berderai air mata oii. Lawak sungguh” - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.6M views, 98.9K likes dan 2,975 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pasal-pasal kepala pengadil jadi mangsa :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: