seismik

Terima Gangguan Seksual, Lelaki Perwatakan Lembut Ini Marah Warga Asing Ajak 'Mengunyit'

Respect abang ni berani lawan si pelaku.

Cover image via @adams_airiez (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang peniaga pasar bertindak memarahi seorang pekerja warga asing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform X memaparkan seorang lelaki sedang memarahi seorang warga asing yang dikatakan telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat mengatakan dia telah menerima mesej dan gambar berbentuk gangguan seksual daripada warga asing tersebut.

Dia juga dilihat begitu marah apabila dia meninggikan suara sambil memberi amaran kepada pekerja warga asing berkenaan yang dilihat berlalu pergi selepas itu.

Lelaki terbabit sudah membuat laporan polis dan menegaskan dia tidak melayan mesej yang diberi warga asing terbabit

Selepas tularnya video tersebut, lelaki itu tampil memberi keterangan menerusi akaun X miliknya memberitahu kejadian sebenar.

Dia yang mengakui mempunyai perwatakan yang lembut menegaskan tak bermakna semua lelaki lembut adalah gay sambil memberitahu laporan polis sudah dibuat beserta bukti telah diserah.

Lihat video dan hantaran tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: