seismik

[VIDEO] Teruja Nak Tunggu Barang 'Order' Sampai, Tapi Lain Pula Yang Dapat

Rasa bersalah pula nak gelak.

Cover image via @zalehazahir2 (TikTok)

Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyebabkan perjalanan kita terbatas

Disebabkan itu, ramai orang mengambil pendekatan untuk membeli barang keperluan secara dalam talian saja kerana ia lebih memudahkan dan lebih selamat berbanding berada di luar.

Dengan adanya teknologi yang canggih pada masa kini, semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari saja. Baik daripada makanan mahu pun barangan peribadi.

Namun, kadangkala pembelian secara dalam talian boleh menyebabkan risiko penipuan yang tinggi daripada penjualnya. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila wanita ini tersalah membeli barang tanpa menyelidiknya dulu.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zalehazahir2

Tak Padan Ngan Harga wey ##fyppppppppp

Oh No - Kreepa

Order troli nak letak barang, sekali yang sampai saiz mini

Menerusi video tersebut, wanita itu memberitahu dia telah memesan sebuah troli tiga tingkat untuk meletakkan barangannya.

Akan tetapi, keterujaan itu bertukar menjadi lain apabila dia mula mendapat barang tersebut. Dia melihat troli yang diordernya , saiz seperti yang diharapkan.

Apa yang lebih mengecewakan, harga yang dibayar tidak sepadan dengan barang berkenaan dan dia juga mengaku mungkin silapnya kerana tidak meneliti terlebih dulu sebelum membeli.

"Takpelah sis, boleh isi kerongsang ke cincin nanti" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut merasa terhibur melihat troli bersaiz kecil itu yang sama seperti permainan kanak-kanak.

Malah, ada berkongsikan pengalaman yang sama ketika mereka membeli barang secara online.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3983 likes, 485 comments dan 150 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, comel je troli dia. Lain kali baca review dulu sebelum beli okay guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: