seismik

[VIDEO] Viral Lelaki Ini Bersin Ayu Mengalahkan Perempuan, Netizen Sampai Cair Tengok!

Nabil siap berseloroh menyatakan bunyi bersinnya sangat lembut dan mirip bunyi semburan spray, tidak seperti kebanyakan lelaki.

Cover image via Twitter @nabilqawim

Bersin sebenarnya bertujuan untuk mengusir benda asing yang tersimpan di saluran pernafasan.

Walaupun begitu, perasan tak gaya bersin setiap orang itu tidak sama?

Ada yang dapat bersin dengan tenang, sementara yang lain pula bersin dengan sangat kuat. Siap ada juga yang bersin sambil mengeluarkan bunyi yang pelik tapi unik.

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi cara kita bersin, misalnya, seperti ukuran badan dan kekuatan otot kita.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Keluarga

Bukan itu sahaja, ada orang bersin melalui hidung, ada yang bersin melalui mulut, malah ada juga yang bersin melalui hidung dan mulut. Perbezaan seperti ini menghasilkan bunyi bersin yang berbeza.

Tapi kebiasaannya bersin golongan lelaki akan berbunyi sangat kuat sampai boleh mengejutkan orang sekeliling, manakala buat golongan wanita selalunya bersifat lembut dan berbunyi perlahan.

Tapi tular pula di laman Twitter video seorang pemuda terbersin sehingga berjaya menarik perhatian netizen.

Manakan tidak, lembut dan sopannya cara dia bersin!

Dalam video berdurasi 14 saat yang tular itu memaparkan seorang pemuda bernama Nabil sedang merakam dirinya bersantai bersama seorang rakan. Namun sambil merakam, dia tanpa sengaja telah terbersin sebanyak dua kali sebelum mentertawakan dirinya sendiri.

Yang menarik perhatian ramai ialah Nabil siap berseloroh menyatakan bunyi bersinnya sangat lembut dan mirip bunyi semburan spray, tidak seperti kebanyakan lelaki.

Ternyata selepas melihat video singkat itu, rata-rata netizen baik lelaki mahupun perempuan, 'cair' dengan keayuan bunyi bersin Nabil

Bukan sahaja lelaki yang compare gaya bersin mereka dengan Nabil, malah buat perempuan siap ada yang rasa insecure kerana bunyi bersin mereka sangat kuat mengalahkan lelaki.

Di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen:

Korang punya bersin bunyi macam mana?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel melucukan di SAYS Seismik:

You may be interested in: