seismik

[VIDEO] Wanita Ini Pelik Kandungan Baru 18 Minggu, Tapi Perut Besar Macam Dah 8 Bulan

Besar juga ya perut dia.

Cover image via @areshaahijab (TikTok)

Setiap wanita hamil pasti ingin tahu bagaimanakah perkembangan bayi mereka. Adakah dia sudah berambut? Bilakah kuku jarinya akan terbentuk?

Menunggu saat kelahiran adalah momen yang paling indah dan juga mendebarkan buat pasangan suami isteri.

Walaupun sudah melakukan pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal, ramai wanita masih merasa gementar dan bimbang menghadapi situasi ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita Indonesia berkongsi kandungannya yang kelihatan sangat besar walaupun baru berusia 18 minggu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kandungan baru berusia 18 minggu tapi ramai ingat dah sarat macam 8 bulan

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan memaparkan kandungannya yang kelihatan besar walaupun baru 18 minggu.

Menurutnya, ramai yang menyangka bahawa usia kandungannya telah mencecah 8 bulan kerana ukuran perutnya yang kelihatan besar daripada size usia kandungan yang sepatutnya.

Perut tebal sangat sampai doktor tak boleh detect pergerakan bayi

Apa yang lebih membimbangkan, lapisan perutnya itu dikatakan sangat tebal sehingga doktor sukar untuk memantau keadaan bayinya.

Menurutnya, doktor juga sering bertanya jika wanita itu dapat merasakan atau tidak sebarang pergerakan anaknya di dalam.

"Saya dulu pun perut besar itu, tak apa yang penting baby sihat" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan reaksi dan pengalaman masing-masing tentang kandungan mereka.

Malah, ada juga yang mengalami situasi yang sama seperti wanita tersebut kerana perut kelihatan sedikit besar daripada usia kandungan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8K likes, 238 comments dan 10 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Semua orang lalui pengalaman mengandung yang berlainan bukan? Paling penting ibu dan baby sihat :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: