seismik

"Walaupun Rumah Kecil Tapi Tetap Bersih & Rapi" - Wanita Cina Ini Terima Pujian Netizen

Terbaiklah aunty!

Cover image via Kuan Chee Heng (Facebook)

Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang besar dan bagus untuk hidup dengan selesa bukan?

Namun bukan semua orang mampu hidup senang dan mempunyai tempat tinggal yang mewah. Kita perlu tahu bahawa terdapat ramai lagi insan di luar sana yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook ini di mana dia telah bertemu dengan seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang menetap dalam sebuah pondok kecil di tengah bandar Kuala Lumpur.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Sudah tinggal di pondok yang hanya bersaiz 10' X 10' sejak 11 tahun yang lalu

Menerusi posting tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Kuan Chee Heng telah berkongsi sedikit pengalaman ketika dia terjumpa dengan wanita Cina itu.

"Wanita Cina ini tidur di pondok 10 'X 10'. Tiada tilam dan hanya tidur di lantai sejak 11 tahun yang lalu"

"Dia cuma bergantung kepada hasil jualan tumbuh-tumbuhannya untuk mendapatkan makanan. Kami memberitahunya yang kami akan menghantar bantuan setiap bulan. Derma dan sumbangan daripada anda juga akan digunakan untuk membantunya"

"Terima kasih Tuhan kerana bertemu dengannya. Ini adalah pengalaman yang menggembirakan kerana pondok itu terletak di tengah-tengah KL. Dia seronok dapat tengok bulan dan bintang setiap malam," katanya.

Susulan daripada perkongsian tersebut, netizen turut memuji keperibadian wanita Cina itu yang tetap menjaga kebersihan rumahnya walaupun tinggal di tempat yang kecil

Malah, ramai juga yang ingin memberikan sumbangan dan bantuan jika Kuan Chee Heng datang menziarahinya lagi nanti.

Antara komen-komen menarik daripada netizen di Facebook:

Tak kiralah kita tinggal di mana pun, yang penting kebersihan mesti dijaga. Respect you aunty!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: