seismik

[VIDEO] Gelagat Kucing Ini Menangis Lepas Teman Tuan Potong Bawang Buat Warganet Cair

Awh comelnya!

Cover image via @izanbetta (TikTok)

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat comel dengan gelagatnya mencuit hati

Ada saja aksinya yang selalu dirakam dan dikongsi oleh orang ramai melalui laman sosial. Malah jika anda seorang pencinta kucing, pastinya anda sudah familiar dengan bermacam group di Facebook seperti Kelab Pencinta Kucing Malaysia, Kucing Sepahkan Apa Hari Ini, Oyen Fanclub dan lain-lain lagi.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seekor kucing comel dikatakan menyibuk nak teman tuannya potong bawang sehingga akhirnya membuatkan ia menangis.

Lihat video penuh itu di bawah:

@izanbetta

Orang potong bawang dia pun sibuk nak potong bawang, kan dah nangis !Credit: FB

bunyi asal - IzanBetta

Teman tuan potong bawang dekat dapur, tak sedar tiba-tiba air mata keluar

Menerusi video yang dimuat naik oleh Izan Betta, kelihatan kucing itu pada pada mulanya menemani tuannya di dapur yang sedang memotong bawang.

Kucing tersebut dilihat duduk di tepi mangkuk bawang yang sudah dikupas dan memerhatikan tuannya sebelum matanya tiba-tiba berlinang dengan air mata akibat pedih dengan percikan serta bau bawang.

Ia kemudiannya mengelipkan mata beberapa kali menahan pedih sebelum air matanya mengalir. Apa yang lebih menghiburkan adalah mukanya juga turut kelihatan sedih seolah-olah ia sedang menangis.

"Alololo siannya, dia tak tahu kot benda tu yang buat dia pedih mata" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 188.3K views dan 23.7K likes di TikTok, rata-rata warganet cair dengan gelagat kucing itu yang sangat comel.

Ada juga yang memuji kucing itu kerana duduk diam saja setia menemani tuannya, bukan seperti kucing lain yang nakal dan suka membuat sepah.

Di bawah adalah antara komen-komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kenapa comel sangat ni meow? Sweet betul mata dah pedih pun masih duduk situ <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: