seismik

[VIDEO] Wanita Mengamuk, Jerit, Ludah Dan Baling Kon Bila Penguatkuasa Nak Tunda Kereta

Malunya tengok.

Cover image via Twitter @Duurianne

Mungkin ada segelintir daripada kita sudah merasai pengalaman atau melihat sendiri situasi di mana sesebuah kereta ditarik oleh pihak penguatkuasa menggunakan trak tunda

Image via myeg

Kejadian kereta ditarik ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara termasuklah kegagalan pemilik kereta meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya dan juga pelbagai kesalahan lain.

Jika situasi itu berlaku, sudah tentu pemilik kereta terbabit akan merasa terkejut melihat kereta mereka ditarik, namun pada akhirnya mereka perlu merelakan perkara tersebut dan memberikan kerjasama kepada pihak berkaitan untuk menjalankan tugas.

Bagaimanapun lain pula yang berlaku kali ini apabila seorang wanita mengamuk di tepi jalan dipercayai selepas melihat kenderaannya mahu ditarik oleh anggota penguatkuasa

Menerusi perkongsian video yang dibuat oleh pengguna Twitter @Duurianne ini, kelihatan wanita terbabit mengamuk dengan bertindak menjerit di tempat awam selepas keretanya dipercayai cuba ditarik oleh penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas.

Bukan itu sahaja, video berdurasi 2:19 saat itu juga menunjukkan wanita yang mengenakan tudung berwarna merah jambu itu mengasari beberapa orang lelaki tersebut selain turut membaling kon penghadang jalan terhadap individu yang berada di situ.

Seolah-olah tidak mempedulikan persepsi orang awam yang berada di kawasan sekitar, wanita itu malah bertindak melampau apabila dia kemudiannya meludah salah seorang penguatkuasa terbabit.


Video kejadian yang dipercayai berlaku di Sungai Buloh itu telah menjadi tular dan mendapat perhatian netizen di media sosial

Sejak ia dikongsikan, video itu telah mendapat lebih daripada 7k RTs dan 5k tanda suka.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan netizen yang menonton video itu meluahkan rasa kagum terhadap penguatkuasa itu yang dilihat begitu sabar dan tenang berdepan dengan wanita berkenaan.

Image via @Duurianne
Image via @Duurianne
Image via @Duurianne

Namun ada juga dalam kalangan netizen yang tidak berpuas hati apabila tiada mana-mana individu di sekitar kawasan itu cuba membantu lelaki tersebut ketika dia sedang diserang wanita berkenaan.

Menyifatkan ia sebagai double-standard, rata-rata netizen sebenarnya berharap agar lelaki itu dibantu oleh orang awam, sama seperti jika kejadian itu berlaku kepada wanita.

Image via @Duurianne

Sebenarnya memang agak memalukan kalau kita buat perlakuan seperti ini khususnya di tempat awam. Sepatutnya, gunakanlah budi bicara yang lebih baik untuk selesaikan masalah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih banyak artikel menarik di SAYS:

You may be interested in: