Wanita Sedih Kahwin Lebih Awal Tapi Adik Hamil Dulu, Tak Sangka Ramai Boleh Relate
Siapa je yang tak nak ada anak dalam dunia ni.
Setiap wanita pasti ingin menghadiahkan cahaya mata buat suami sebagai pengikat kasih sayang dalam rumah tangga
Namun, bukan semua orang mampu mendapat rezeki zuriat sebaik saja mendirikan rumah tangga. Mungkin ada hikmah kenapa ada orang hamil awal dan ada yang hamil lambat.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa sedihnya apabila mendapat tahu adiknya hamil dulu darinya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Emosi bila dapat tahu adik dah hamil, padahal kakak yang kahwin dulu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eanzhafran, kelihatan wanita itu sedang berada di dalam kereta sambil menangis seorang diri.
Menurutnya, dia sedih apabila mendapat tahu adiknya sudah hamil sedangkan dia yang kahwin lebih awal. Wanita itu siap melarikan diri ke pantai kerana terlalu down ketika itu. Rupa-rupanya, dia terlalu emosi kerana dirinya juga sudah hamil tanpa dia sedar.
"Masa ni emosi teruk sebab I pun dah preggy 3 months tapi I tak tahu I dah preggy. I tau preggy masa perut dah 4 months weh. Buat penat je nangis. Kenapa kita sedih sangat sebab kita lebih tua dari suami, kita takut sangat tak dapat bagi baby awal-awal kat dia," katanya.
"I feel you sis. Saya lagi terasa sebab buat dua pasang sekali kenduri. Saya dan suami, sepupu and wife dia. After sebulan macam tu dapat tahu wife dia pregnant" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 29.5K tontonan, 1.5K tanda suka serta 212 komen di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut meluahkan pendapat masing-masing dan ada juga yang pernah melalui situasi sama seperti wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!