seismik

[GALERI] Sebuah Katering Di KL Ini Hasilkan 'Kek Nasi Lemak' Yang Paling Mengancam!

Terliur tengok oi!

Cover image via Tiana Kitchen/Facebook

Jika anda mahukan Nasi Lemak sebagai kek hari jadi anda, jangan risau kini impian anda akan menjadi realiti!

Image via GIPHY

Nasi Lemak merupakan makanan tradisional Melayu yang berasal dari Semenanjung Malaysia sejak zaman dahulu lagi. Sehingga ke hari ini, Nasi Lemak menjadi antara makanan paling popular dan dijadikan makanan ruji harian tanpa mengira waktu sama ada pagi, petang ataupun malam.

Kebiasaannya, Nasi Lemak dihidangkan di dalam daun pisang yang dilipat dalam bentuk segitiga.

Tetapi zaman sekarang, Nasi Lemak bukan saja dihidangkan dengan pelbagai lauk tambahan, malah turut dijadikan sebagai kek. Ada juga yang menempah kek ini sebagai kek hari jadi.

Tiana Kitchen, sebuah bisnes yang menawarkan perkhidmatan katering dari rumah di KL ini telah memperkenal koleksi Kek Nasi Lemak mereka yang begitu menarik

Kalau dulu kita diperkenalkan dengan aiskrim nasi lemak, kali ini kek nasi lemak pula menjadi trend!

Menurut sumber, harga kek nasi lemak ini dijual pada RM58 bagi nasi lemak biasa, manakala kek dengan mana-mana pilihan topping berharga RM78.

Ada beberapa jenis 'toppings' yang disediakan oleh Tiana Kitchen seperti sambal udang, sambal sotong, dan yang paling power tentunya sambal petai!

Kalau nak lebih adventurous, boleh cuba topping sambal petai disertakan dengan udang sambal atau udang harimau

Menggoda kan?

Ramai yang dah tergoda sebenarnya dengan keunikan Kek Nasi Lemak dari Tiana Kitchen ini. Maklumlah, siapa yang tak suka Nasi Lemak kan? Dihidang pula dalam bentuk kek, lagilah best!

Tengok saja pada posting terbaru mereka di Facebook pada 13 Mac lalu. Dah dapat lebih daripada 22,000 shares tau!

Untuk makluman, Kek Nasi Lemak ini dihasilkan menggunakan beras aromatik yang turut diselitkan dengan santan dan daun pandan. Lapisan kek yang pertama disaluti dengan sambal serta ikan bilis dan kacang. Telur dadar dimasukkan ke dalam isi kek itu dan timun dihiasi disekeliling kek.

Nak tempah? Contact Tiana Kitchen di Facebook dan hantarkan inbox kepada mereka!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara trend makanan pelik yang mungkin anda tak pernah dengar:

Atau...mungkin anda boleh buat sendiri Kek Nasi Lemak di rumah. ;)

You may be interested in: