seismik

Dah Kata Tak Ada Tapi Masih Tanya, Yang Kerja Retail Je #CanRelate Dengan Video Viral Ni!

Dalam videonya, Rico sempat berseloroh kononnya dia pergi mencari baju atas tuntutan pelanggan walhal dalam tempoh itu banyak benda lain yang dia buat. Siap sempat balik rumah dan tidur lagi!

Cover image via Twitter @ricorinaldi

Siapa yang pernah kerja retail mesti faham situasi bila terpaksa hadap customer dengan hati yang tak rela

Kerja retail itu buat apa? Kerja retail atau peruncitan ini melibatkan pemasaran produk baik barangan dan perkhidmatan. Ada pelbagai jenis pekerjaan di bawahnya sama ada menjadi cashier, serve customer, susun-susun dan kira stock, promote barang serta service, dan banyak lagi.

Image via Google

Nampak mudah tapi sebenarnya banyak 'cekadak' juga sebab yang kerja bahagian retail ini kena bekerja dengan manusia, bukan dengan mesin. Setiap masa kena mengadap manusia yang pelbagai gaya dan bahasa.

Bagusnya kerja retail ini ialah ia mengajar kita adab sopan-santun dan banyakkan bersabar. Disebabkan kena berdepan dengan banyak kerenah dan banyak ragam jadi haruslah kena tenang, ya tak?

Image via Huff Post

Walaupun kadang-kadang salah customer, kita tetap harus sabar. Nanti tak pasal-pasal dia guna istilah, 'Customer is always right', pula. Tapi jangan risau sebab bukan semua orang perangai tak elok.

Lawaknya, baru-baru ini tular video menunjukkan situasi pekerja kedai baju kena hadap customer yang insist suruh cari saiz baju, padahal memang dah habis kot!?

Video tular di laman Twitter itu sebenarnya telah dimuat naik Rico Rinaldi yang juga merupakan seorang pereka fesyen. Dalam video ringkas berdurasi 51 saat memaparkan situasi yang selalu dialami mereka yang bekerja di kedai-kedai baju.

Buat yang kerja di kedai baju mesti pernah terpaksa hadap customer yang tegas suruh cari certain saiz baju walaupun memang sudah tiada. Tapi nak buat macam mana, customer punya pasal, maka haruslah layankan saja.

Dalam video tersebut Rico sempat berseloroh kononnya dia pergi mencari baju atas tuntutan pelanggan, walhal dalam tempoh itu banyak benda lain yang dia buat. Siap sempat balik rumah dan tidur lagi!

Tapi jangan risau sebab Rico kata dia sebenarnya melayan kesemua pelanggannya dengan baik dan video berkenaan hanyalah sekadar suka-suka sahaja.

Walau bagaimanapun, susulan tularnya video tersebut ternyata ramai sebenarnya yang #canrelate dengan situasi ini

Hasil tinjauan di ruangan komen menunjukkan warganet terutamanya yang bekerja di kedai baju pernah mengalami situasi sama iaitu disuruh untuk cari dalam stor sama ada stock saiz baju yang diinginkan ada atau tidak, walaupun dah cakap dah tiada.

Antara komen daripada warganet:

Buat pelanggan, percaya sajalah bila pekerja tu kata baju sudah kehabisan stok. Itulah siapa suruh lambat beli!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Mana satu kakak Tom Yam favourite korang?

Lagi video-video kelakar di SAYS Seismik:

You may be interested in: