makan

Lebih 2K Shares, Ini Cara Hasilkan Pemanis Mulut Butir Nangka Yang Senang & Sedap

Nikmat sungguh makan sejuk-sejuk!

Cover image via Zurina Zulkefli (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Butir Nangka ini merupakan sejenis hidangan pemanis mulut tradisi dari pantai timur

Image via Bidadari

Butir nangka hadir dalam pelbagai jenis warna dan bentuknya yang comel memang menggamit selera. Kebiasaanya boleh dimakan secara hidangan panas atau sejuk. Bestnya!

Rasa kenyal-kenyal butir seperti nangka ini membuatkan rasa tak cukup kalau dapat makan semangkuk je. Apa kita belajar resepi butir nangka ini daripada pemilik akaun Facebook Zurina Zulkefli. 

Bahan-bahan yang digunakan:

Bahan untuk butir nangka:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam halus
  • Air
  • Perwarna kuning
Bahan untuk kuah:
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • Daun pandan
  • 1 kotak santan
  • Halba 
  • 3 sudu besar air bancuhan tepung jagung

Cara penyediaan:

1. Untuk penyediaan butir nangka, campurkan semua bahan butir nangka. Kemudian, uli sehingga menjadi doh. 
2. Selepas itu, ambil sedikit doh dan gentel secara membujur.
3. Bentukkan semua doh seperti bentuk bujur. 
4. Rebus doh di dalam air yang mendidih sehingga butir nangka timbul. 
5. Angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika.
6. Untuk penyediaan kuah pula, masukkan air, gula dan daun pandan. Kemudian, biarkan mendidih. 
7. Perlahankan api dan masukkan sekotak santan. Gaul sehingga sebati. 
8. Masukkan sedikit halba untuk kuah yang lebih beraroma.
9. Kemudian, masukkan air bancuhan tepung jagung supaya dapat kuah yang pekat. 
10. Masukkan pula tepung butir nangka yang telah direndam tadi. Gaul sebati dan siap.

Siap dah butir nangka yang sedap dan beraroma, masukkan ke dalam peti sejuk untuk nikmat yang tak terhingga!

Tunggu apa lagi? Jom buat sendiri :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi pemanis mulut yang sedap?

Nak senangkan kerja memasak? Dapatkan gajet dapur ini:

Ikuti tips-tips dapur ini:

You may be interested in: