makan

Ini Cara Hasilkan Pulut Mangga Thai Yang Sedap. Guna 6 Bahan Sahaja!

Yay, musim mangga datang lagi.

Cover image via aall_shop & Mohd Rozmie (Facebook)

Musim mangga, musim yang ditunggu-tunggu telah tiba. Seronoknya!

Image via GIPHY

Lebih seronok kalau dijadikan sebagai dessert, bayangkan makan mangga yang manis. Emm, sedap! 

Alang-alang ada mangga ni, apa kata kita buat pulut mangga ala Thai? Jom ikuti resepi step-by-step yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie melalui laman Facebooknya. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g beras pulut
  • 150ml santan (digaul dengan pulut)
  • 300ml santan (dijadikan kuah)
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 6 sudu besar gula 
  • 2 cawan air

Cara penyediaan:

1. Rendam beras pulut selama 3 hingga 4 jam. 
2. Lapikkan daun pandan atas periuk menutupi sesetengah lubang supaya beras tidak jatuh. 
3. Masukkan beras pulut yang telah direndam. Letakkan juga potongan daun pandan. 
4. Panaskan air sehingga mendidih. Bila air sudah mendidih, letakkan periuk pelengat yang berisi beras di atasnya. Kemudian, tutup dan biarkan ia masak selama 30 minit. 
5. Masukkan beras pulut ke dalam bekas kosong. Jangan lupa buang daun pandan. 
6. Kemudian, panaskan 150ml santan dalam periuk. Perasakan dengan garam secukupnya. 
7. Kacau santan perlahan-lahan sehingga mendidih mengikut satu arah. Tambahkkan 2 cawan air dan kacau sehingga sebati. Jangan biarkan santan menjadi ketulan atau pecah minyak. 
8. Campurkan santan yang telah masak ke dalam pulut tadi dan gaul sehingga sebati. 
9. Untuk penyediaan kuah pula, panaskan 300ml santan. Kemudian, masukkan 2 cawan air. 
10. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
11. Selepas itu, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dan gaul sehingga sebati.
12. Letakkan daun pandan. Kacau perlahan-lahan mengikut satu arah sehingga mendidih. Kemudian, tutup api. 

Pulut mangga telah pun siap dan sedia untuk dihidang, rasa creamy dan manis sungguh menyelerakan. Yummy!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Nak makeover ruangan dapur? Jom dapatkan barang cantik dari sini:

Dapatkan gajet-gajet dapur untuk senangkan kerja memasak:

You may be interested in: