Setelah Diberhentikan Kerja, Pramugari Ini Tekad Jual 'Nasi Kukus Ayam' Tepi Jalan
Nasi kukus pramugari terbang tinggi!
Umum sedia maklum, syarikat penerbangan kini mengalami pelbagai cabaran akibat pandemik Covid-19 dan ramai pekerja pula terpaksa diberhentikan
Ini merupakan detik yang paling sukar kepada semua pekerja syarikat penerbangan untuk menerima kenyataan.
Walau bagaimanapun, Nur Shareen, seorang bekas pramugari syarikat MAS yang juga merupakan ibu tunggal ini berjaya bangun membawa diri untuk teruskan perjuangan hidupnya.
Melalui satu ciapan daripada Twitter, pramugari ini menjual nasi kukus bersama ibunya di Senawang.
Nasi kukus ini terkenal dengan panggilan 'Nasi Kukus Pramugari'
Nasi kukus ini sangat unik. Rempah yang digunakan merupakan rempah gulai kerutub yang dibawa khas dari Kota Bharu, Kelantan.
Bukan itu je, sambal belacan pun extra power! Manis-manis dan pedas. Confirm menepati cita rasa anda. Hmm, terliur dah...
Gerai ini terletak di Taman Lavendar Heights, Senawang, Seremban. Jom support 'Nasi kukus pramugari' oleh pramugari Nur Shareen!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!