makan

Lebih 5K Shares, Wanita Ini Kongsi Resepi Kopi Latte Ala Kampung. Minum Sampai Ketagih!

Betul lah, tak cukup satu.

Cover image via Madihah Hamid (Facebook) & Anne Yonathan

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Kopi telah menjadi kegemaran sesiapa pun malah ada yang jadikan ia sebagai rutin untuk mulakan kerja

Image via GIPHY

Mana tidaknya, aroma kopi yang wangi dan rasanya yang kental memang sedap tak terhingga. Kebiasaannya, kopi ini bukan saja boleh menyegarkan kita, malah minuman ini boleh boost mood kita!

Salah satu jenis kopi yang popular ialah latte. Kalau nak beli di luar mesti mahal bukan? Apa kata kita buat sendiri dengan resepi yang dikongsikan oleh Madinah Hamid melalui laman Facebooknya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu serbuk kopi
  • 600ml susu kotak atau susu segar
  • 3 sudu gula Melaka
  • 400ml air

Cara penyediaan:

1. Didihkan campuran serbuk kopi dan air dengan api perlahan. 
2. Biarkan selama seminit kemudian tutupkan api. 
3. Masukkan gula dalam jug yang bersaiz 1 liter. 
4. Panaskan susu sehingga berbuih. 
5. Tapiskan campuran kopi dan air tadi ke dalam jug. Kemudian, masukkan susu dan gaul sehingga sebati. 

Siap dah kopi latte ala kampung yang ketagih ni. Satu cawan memang tak cukup!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi minuman yang lain?

Jom makeover dapur dengan barangan di bawah ini:

More stories to read: