[TERKINI] 59 Kawasan Di Wilayah Klang, Shah Alam & Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air
Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terlibat.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd. (Air Selangor) telah memaklumkan terdapat kejadian paip pecah sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan air
Kejadian paip pecah itu dipercayai berlaku berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga hingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip, di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam.
Berikutan itu, 59 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Langat telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti di bawah.
Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas
Air Selangor juga akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram.