seismik

[TERKINI] 686 Kawasan Di Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Para pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya.

Cover image via Berita Harian & Malay Mail

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa bermula pukul 9.00 malam ini

Ianya berikutan kerja-kerja pembaikan ekoran paip air yang menyalurkan bekalan air terawat mengalami kebocoran dan dijangka akan siap sepenuhnya pada pukul 8.00 pagi, 18 Oktober 2020.

Dalam pada itu, bekalan air akan ditutup pada jam 9:00 malam ini dan akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 686 kawasan di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor yang menerima bekalan air terawat dari LRA SSP1.

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja pembaikan siap dan sistem rawatan air di loji beroperasi seperti biasa pada jam 2.00 petang, 18 Oktober 2020.

Kerja-kerja pembaikan terpaksa dijalankan ekoran paip air yang menyalurkan bekalan air terawat mengalami kebocoran.

Image via Air Selangor (Facebook)

Pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat

Dalam pada itu, Air Selangor juga akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa, aplikasi Air Selangor, Facebook dan Instagram atau laman web di http://www.airselangor.com.

Berikut di bawah adalah senarai penuh 686 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: