x

seismik

"Allah Hantar 3 Penyelamat" - Ifan Seventeen Dedah Perkara Yang Selamatkannya Dari Tsunami

Allahu, sedihnya...

Cover image via Instagram @ifanseventeen

Seperti yang sedia maklum, pada 22 Disember 2018, wilayah Selat Sunda di Indonesia telah dikejutkan dengan bencana Tsunami yang begitu kuat

Malah, kematian dari bencana tersebut juga telah meningkat selepas pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan jentera berat pada ketika itu.

Mangsa kematian bencana itu termasuklah tiga orang ahli kumpulan Seventeen dan juga isteri penyanyi utama kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Dylan Sahara.

Menurut posting tersebut, Ifan begitu terkesan setelah kehilangan insan-insan yang begitu disayangi termasuk isteri tercinta yang hanyut dan lemas dibadai ombak tsunami.

Pagi ini, Ifan telah mendedahkan bagaimana dia boleh terselamat daripada dibawa ombak yang kuat. Perkongsian itu telah ditulis sendiri di laman Instagram miliknya.

Baca penuh di bawah:

Menurut tulisan posting tersebut, keadaan ketika bencana itu sangat cepat dan dia juga merasa bingung tidak tahu ingin ke mana. Dengan ketiadaan wang, telefon atau sesiapa yang dikenali di tempat kejadian.

Namun katanya, Allah telah menghantar tiga benda yang membuatkan dia selamat dan terus hidup sehingga kini iaitu kotak hitam (seperti dalam gambar) dan juga dua insan mulia yang tidak dikenalinya.

Dia juga turut meluahkan rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana Allah masih memberikan peluang untuknya terus hidup walaupun tanpa isteri tersayang di sisi.

Posting tersebut membuatkan ramai sebak dan memberikan kata-kata semangat untuk Ifan:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga: