Bangkit Semula Lancar Produk Terbaru, Joy Revfa Akui Mahu Fokus Besarkan Anak & Perniagaan
Tanggungjawab semakin besar apabila menjadi ibu dan ayah kepada anak tunggal.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Akur perjalanan kisah rumah tangga tidak pernah menyebelahi nasibnya, usahawan kosmetik sensasi, Joy Revfa pernah terpercik dengan kontroversi sekitar 2017 lalu apabila perkahwinan keduanya dengan seorang penyanyi ketuhanan hangat diperkatakan
Malah ketika itu, hampir setiap inci sisi peribadi ibu tunggal kepada Muhammad Arryan Firdaus berusia tujuh tahun ini diintai.
Ikutkan jika ada yang masih ingat, pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad ini pernah melangsungkan pertunangan dengan jurulatih kecergasan bertubuh 'sado' sekitar Mac tahun lalu.
Namun hakikat sebenar, hubungan dengan jejaka misteri itu juga tidak berkesudahan dengan penamat indah.
"Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu. Tapi akhirnya saya nekad membatalkan perkahwinan itu kerana rasa tidak serasi dengannya. Saya akur dengan ujian hidup ini. Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti. Pilihan yang ada ialah untuk terus kuat.
"Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan sayalah lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak.
"Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.
"Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah... saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu," katanya.
Bangkit semula dengan melancarkan koleksi gincu terbaru dipanggil BlackRevfa
Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin diaju persoalan bagaimana terus bangkit selepas berdepan dengan kemelut hubungan tak berpanjangan.
"Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.
"Saya terus bangkit dan segera 'move on' demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya," ujarnya.
Tambah Joy yang terkenal dengan tagline 'Cantik Bukan Lagi Fantasi', dia tidak menafikan tanggungjawab semakin besar apabila menjadi ibu dan ayah kepada anaknya sekali gus menguruskan empayar perniagaan.
"Namun saya anggap ketidaksempurnaan itu lah yang akan menyempurnakan diri sendiri. Tak ketinggalan sokongan, motivasi dan kerjasama padu daripada keluarga dan pasukan di dalam syarikat berikan suntikan semangat setiap hari.
"Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.
"Kita diciptakan untuk mewujudkan kemuliaan Allah SWT dan memanfaatkan kelebihan yang ada dalam diri kita. Percayalah setiap kelebihan bukan ada pada sesetengah orang tapi ada di setiap dalam diri kita. Cubalah cari, anda pasti akan jumpa," katanya optimis.
Dalam perkembangan lain, kehadiran gincu edisi terhad yang juga produk ke-30 dikeluarkannya terus membuatkannya tak menang tangan
"Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.
"Baunya juga sangat 'lazat' dan menyenangkan. Ia boleh bertahan selama 24 jam. Ia bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap.
"Jadi jelas perubahan warna gincu yang diketengahkan ini menjadi kelainan dan obsesi terbaru produk syarikat saya. Tanda pagar #blackisred mengiringi kehadiran dan penerimaan produk itu yang mampu menzahirkan bibir sensual kemerahan, sihat, licin dan lembut," katanya.
Serentak dengan pelancaran produk berkenaan, Joy mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan keadaan pandemik Covid-19 ini untuk mulakan perniagaan dan menjana pendapatan.
"Kami tawarkan perniagaan tanpa modal dan tidak perlu memegang stok. Semuanya akan diuruskan oleh ibu pejabat.
"Pada waktu sama turut dilancarkan #mervetiktokchallenge bermula 6 Disember ini sehingga 6 Januari tahun depan. Cabaran TikTok ini menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini.
"Pastikan tanda pagar #MERVEtiktokchallenge, #Blackrevfa, #MERVEblackisred dan #MERVEcosmetics turut disertakan apabila memuat naik video berkenaan," katanya.
Gincu berkualiti antarabangsa ini dijual dengan harga mampu dimiliki serendah RM59.90. Koleksi BlackRevfa ini juga boleh didapati melalui laman web rasmi di pautan http://www.mervecosmetics.com.my/