seismik

Bila Cinta Bertukar Tragedi, Tonton Drama Bersiri Air Mata Allisya Di TV9

Kisah silam masih menghantui.

Cover image via TV9 MALAYSIA

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gandingan mantap Keith Foo dan Sophia AlBarakbah ini pastinya akan membuat penonton terkesima

Drama adaptasi novel ini mengisahkan tentang Allisya yang perlu meneruskan hidupnya selepas abangnya terbunuh dalam satu kemalangan tragis. Allisya kemudian bertemu dengan Arief, maka berputiklah bunga-bunga cinta mereka.

Walaupun hubungan mereka tidak direstui oleh Puan Sri Sarimah iaitu ibu kepada Arief, mereka tetap mendirikan rumah tangga. Allisya didera oleh ibu mentuanya secara fizikal dan mental. Namun begitu, dia dilayan bagai anak sendiri oleh bapa mentuanya, Tan Sri Mustapha.

Tidak cukup lagi penderitaan yang dilalui, Allisya akhirnya dapat tahu satu rahsia di sebalik tragedi yang meragut nyawa abangnya itu. Ternyata, Arief ialah penyebab kemalangan itu berlaku.

Image via TV9 MALAYSIA

Drama bersiri 15 episod ini boleh ditonton mulai 20 Mei hingga 8 Julai pada setiap hari Jumaat, jam 8:30 malam di TV9

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: