Cara Gadis Bagi 'Tips' Jika Mak Cik Puaka Tanya Kenapa Masih Single Ini Undang Dekah Ramai
Untuk korang yang single.
Jodoh adalah sesuatu perkara yang kita tidak boleh jangka kerana ia semua adalah ketentuan dari Tuhan
Namun, kita sebagai hambanya perlulah lebih berusaha seperti banyakkan berdoa agar dipertemukan dengan seseorang yang boleh menjadi peneman hidup.
Tentu, ramai yang masih frust bukan masih single lagi tahun ini. Ditambah pula dengan soalan-soalan dari mak cik dan pak cik.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang gadis memberikan 'tips' bagaimana cara menghadapi soalan dari 'mak cik puaka' telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Siap kenalkan 'produk' tutup mulut mak cik bawang
Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu sedang berkongsi apakah cara yang anda perlu jika ditanya soalan mengapa masih bujang pada tahun ini.
Dengan nada yang selamba dan bergurau, dia malah memperkenalkan sebuah 'produk' yang boleh menutup mulut mak cik-mak cik yang bertanyakan soalan itu.
"Jangan risau dengan produk ini, spray saja dimuka mereka," katanya.
Videonya itu ternyata mendapat perhatian ramai yang kononnya mahu mendapatkan produk itu dengan segera.
"Tak ada beg kuning pun. Saya baru nak beli. Nak dapat kat mana ye kak" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut dapat relate dengan situasi itu dan geli hati dan berdekah melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 731.6K views, 104.4K likes dan 2,965 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!