seismik

[VIDEO] Muka Tahan Marah, Gadis Prank Teman Lelaki Isi Minyak Pakai Diesel Ini Cuit Hati

Cuak dah muka dia.

Cover image via @jaiinanaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti ramai tahu, kenderaan yang kita gunakan kebiasaannya akan menggunakan minyak petrol berbanding minyak diesel

Petrol dan diesel adalah bahan api kereta yang paling asas dan mempunyai permintaan yang tidak berkesudahan.

Kedua-dua bahan api mempunyai kebaikan dan keburukan menggunakannya. Dari segi keselamatan alam sekitar, kedua-duanya berbahaya. Walau bagaimanapun, mereka telah menjadi keperluan penting dalam dunia hari ini.

Namun, lain pula terjadi dalam video ini apabila seorang gadis membuat prank terhadap teman lelakinya kerana salah mengisi minyak telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@jaiinanaa

Jangan ingat perempuan tak pandai isi minyak ye

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Prank cakap isi minyak kereta guna diesel

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang bersama teman lelakinya di sebuah stesen minyak.

Namun, teman lelakinya bertanya adakah gadis itu mengisi minyak menggunakan diesel.

Gadis itu menjawab ya dan ia merupakan perkara biasa yang selalu dilakukannya ketika ingin mengisi minyak. Apa yang lebih melucukan lagi, dapat dilihat muka teman lelakinya bertukar seperti menahan marah dengan kelakukannya itu.

"Hahaha dia punya tahap kesabaran tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3M views, 138.3K likes dan 2,482 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau betul-betul dia isi tu habis oi kereta dia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: