seismik

"Confirm Reseller Ni" - Perangai Pengunjung Berebut Beli Barangan Bayi Cetus Marah Netizen

Apa yang kelam kabut sangat tu.

Cover image via Amy Mekliy (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, TCE Baby Expo di Mid Valley telah berlangsung selama tiga hari di MITEC

Seperti biasa, setiap kali ekspo bayi diadakan, ia pasti akan ribuan oleh beribu-ribu pengunjung dari serata Malaysia.

Namun, tular pula gelagat segelintir pengunjung yang berebut-rebut membeli barangan bayi telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Masing-masing berebut sampai tolak-menolak macam nak gaduh

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Amy Mekliy, kelihatan ramai pengunjung berkumpul di salah satu stesen barangan bayi.

Difahamkan, mereka berebut peralatan bayi dipercayai botol susu yang disusun pada rak. Apa yang membuatkan ramai marah adalah apabila mereka sampai sanggup tolak satu sama lain.

Malah, mereka dilihat mengambil barangan yang dijual dengan kuantiti yang banyak seolah-olah nak ‘melicinkan’ stok yang ada. Bukan itu saja, ada juga wanita berebut barang sambil mendukung bayi yang masih kecil.

"Yang ambik banyak-banyak ni mesti geng-geng personal shopper (PS). Beli banyak-banyak pastu jual mahal, adei sedih" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.1K likes, 2.9K comments dan 2.4K shares di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai perangai pengunjung di baby expo itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Facebook:

Kesian dekat orang yang bawa anak terpaksa berhimpit sekali :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: