seismik

"Dah Hantar 30 Resume Ke Banyak Syarikat" Wanita Ini Terpaksa Terima Kerja Gaji Taraf SPM

Mungkin rezeki belum sampai.

Cover image via Abc Net

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amrina Yusof, 28 berkata dia terpaksa menerima kerja setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun dia seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Dia mengatakan bahawa sudah puas memohon pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya sejak dua tahun lalu namun nasib masih belum menyebelahinya.

Menurut laporan, dia juga sudah menghantar sebanyak 30 resume di banyak syarikat dan masih belum diterima untuk bekerja.

“Selama ini sudah enam kali pergi temu duga termasuk di agensi kerajaan namun nasib masih tidak menyebelahi saya.”
Amrina Yusof, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

Mungkin rezeki yang sebetulnya masih belum sampai. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk menerima tawaran pekerjaan yang berpendapatan tidak setaraf dengan kelayakan.

Amrina akhirnya membuat keputusan untuk menerima pekerjaan sebagai seorang kerani di sebuah syarikat perhotelan di Kuching, Sarawak selepas sahaja konvokesyen pada tahun 2017.

Dia dibayar gaji sebanyak RM1,100 sebulan. Walaupun gaji yang diterimanya tidak berbaloi dengan kelayakan sebagai siswazah, dia masih menerima kerana menurutnya, dia memerlukan wang tersebut untuk membayar kembali pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Baru-baru ini, laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) telah mendedahkan bahawa pekerja Malaysia dibayar gaji rendah dan gaji permulaan siswazah semakin berkurang

Image via SME Magazine

Laporan turut menjelaskan bahawa pekerja Malaysia masih dibayar upah yang lebih rendah berbanding pekerja di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia, Jerman dan Singapura meskipun sudah mengambil kira kesaksamaan produktiviti antara negara.

Gaji permulaan bagi kebanyakan siswazah di negara ini juga menurun sejak tahun 2010 selepas mengambil kira faktor inflasi. Siswazah baharu yang berkelulusan diploma mendapat gaji benar sebanyak RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010.

Manakala, gaji benar pemegang ijazah sarjana muda adalah RM1,983 pada 2018 berbanding RM1,993 pada 2010. Pemegang ijazah sarjana pula memperoleh gaji benar RM2,707. Ini juga merupakan penurunan ketara daripada gaji sebanyak RM2,923 pada 2010.

Kajian Institut Penyelidikan Khazanah mendapati 95% pekerja muda berada dalam kategori pekerjaan tidak memerlukan kemahiran & 50% lagi pekerja membuat kerja berkemahiran rendah secara manual mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada yang diperlukan

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Malaysian Post

Kesimpulan yang dibuat melalui laporan tersebut adalah walaupun berpendidikan tinggi, pekerja tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menerima atau membuat pekerjaan yang lazimnya tidak memerlukan tahap pendidikan tinggi.

Laporan itu turut menyebut bahawa pelaksanaan upah minimum menyokong peningkatan gaji pekerja berkemahiran lebih rendah dalam tahun kebelakangan ini dan membolehkan gaji permulaan pekerja berpendidikan rendah yang lebih setara berbanding pekerja berpendidikan tinggi.

Sementara itu, walaupun gaji permulaan siswazah menurun dalam nilai sebenar, gaji permulaan bagi pekerja berkelulusan PT3 dan SPM pula masing-masing meningkat sebanyak 4.6% dan 2.3%

Gambar sekadar hiasan

Image via SAYS Seismik
“Sekiranya fenomena ini tidak ditangani, golongan penduduk muda kurang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mungkin juga memburukkan lagi isu ‘brain drain’ (penghijrahan golongan profesional ke luar negara) yang dihadapi oleh Malaysia.”
Laporan Tahunan 2018 Bank Negara Malaysia (BNM)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: