Dengan Bajet Bawah RM800, Gadis Ini Kongsi Itinerari Tawau & Semporna Untuk 4H3M. Puasnya!
P/S: Kos RM800 ini tidak termasuk dengan shopping ya. Gadis ini juga pergi bersama beberapa rakan dan keluarganya yang lain.
Tidak dinafikan, Sabah mempunyai pelbagai destinasi menarik yang boleh dikunjungi
Di samping keindahan bentuk muka bumi, negeri di bawah bayu ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan serta keunikan alam semulajadi.
Malah, Sabah juga dikatakan negeri yang menjadi destinasi pelancongan yang terkenal bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malahan menjadi destinasi idaman pelancong-pelancong dari seantero dunia.
Jika anda mempunyai perancangan untuk bercuti di Sabah, boleh lihat itinerari serta bajet yang telah dikongsikan oleh Nor Ashikin Ismail ini.
Menarik juga sebenarnya!
Itinerari yang dikongsikan adalah selama 4H3M, dan bajet yang disediakan pula dikira sekepala. Untuk kos sebenar, ia terpulang kepada cara anda berbelanja ketika bercuti. Lain orang, lain kos dan bajet.
Baca itinerari penuh di bawah:
Sabah Itinerary | 15 -18 July 2020
Tawau - Semporna
15/07, Wednesday
- Flight KUL - TAWAU
- Tawau - Pekan Semporna
- Check in Luna Capsule
- Semporna Corner Light View (SCLV)
16/07, Thursday
- Jetty Semporna - Pulau Bum Bum
- Check in Lato Lato Resort (water house)
- Snorkelling
(Pulau Timba2, Mataking, Pom Pom)
- Kayak (Lato Lato Resort)
17/07, Friday
- Pulau Bum Bum - Jetty Semporna
- Anjung D'Samudera Seafood
- Semporna Ocean Tourism Centre
- Semporna - Pekan Tawau
- Tanjung Parapat
- Check in City Garden Hotel
- Sri Titingan Seafood
18/07, Saturday
- Tawau Tanjung Market
- TAWAU - KUL
Di bawah pula merupakan pecahan bajet dan kos yang telah disediakan oleh gadis ini:
Budget:
- Flight return KUL-TAWAU : RM 358 (boleh dpt murah lg if right timing) by Perkhidmatan Sewaan Van Berpemandu Tawau/Semporna : RM 40 return per person (Tawau|Semporna)
- Luna Capsule, Semporna : RM 39 per person ( RM 78, Deluxe Queen)
- Lato Lato Resort (water house + tea time, dinner, breakfast) : RM 183 per person ( RM 366 , Standard Room)
- City Garden Hotel, Tawau : RM 53 per person (RM 106 , Standard Twin Room)
- Snorkelling with lunch box : RM 100. foods : RM 60
**not including shopping ya. spend more, more budget.
"Plan sendiri, budget sendiri, pergi sendiri, barulah kesilapan dipanggil kenangan."
Tapi memang puas hati kalau dapat bercuti di Sabah ini.
Banyak juga tempat menarik yang boleh dikunjungi!