seismik

Ibu Meninggal Diseret Dalam Kereta. Wanita Cerita Detik Dirempuh Pemandu Treler Mengantuk

Sekelip mata je. Allahu...

Cover image via Twitter @nadia_fariha

Insan yang bernama 'ibu' ini merupakan harta yang sangat bernilai di dunia dan di akhirat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Roma Decade

Ibu juga merupakan penerang dunia bagi setiap anak yang lahir di dunia. Begitu banyak perjuangan yang telah dikorbankan oleh wanita ini. Walau pelbagai kesakitan dan kepedihan yang dilalui, namun tidak sekalipun mereka gagal untuk menyempurnakannya.

Sesungguhnya, seorang ibu itu tidak akan pernah berhenti menyayangi anak yang dilahirkan walaupun mereka semakin meningkat dewasa.

Pernahkah terfikir apa yang akan terjadi kepada anda jika suatu hari nanti anda akan kehilangan ibu tercinta?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Perit tak terkata.

Seperti perkongsian seorang wanita @nadia_fariha yang menceritakan detik-detik akhir sebelum ibu tercinta pergi buat selamanya selepas dilanggar oleh pemandu treler mengantuk

Keadaan kereta mereka selepas dirempuh oleh pemandu treler yang dikatakan mengantuk.

Image via Twitter @nadia_fariha

Perkongsian tersebut telah ditulis olehnya pada 5 Januari 2020. Namun begitu, tragedi yang menimpa ini juga telah berlaku pada 5 Januari 2019 iaitu setahun yang lalu.

Baca penuh di bawah:

Kejadian dirempuh dengan treler pemandu mengantuk. Ibu kandungnya meninggal, wanita ini berada di ICU, paru-paru ditebuk dan keguguran kandungan 4 bulan.

Emak sempat ambil gambar di kedai gambar untuk pergi umrah

Gambar pasport yang diambil pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

Image via Twitter @nadia_fariha

Sementara menunggu bantuan PLUS, sebuah treler tiba-tiba memandu ke arah mereka kerana pemandu tersebut dipercayai mengantuk

Kejadian itu menyebabkan dirinya keguguran kandungan 4 bulan, paru-paru ditebuk, tulang rusuk dan pinggul retak dan banyak lagi kecederaan dalaman lain

Semoga wanita ini sentiasa akan berada di bawah perlindungan Yang Maha Kuasa dan semoga roh arwah ibunya ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. Amin YRA...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga kisah menyentuh hati lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: