seismik

Viral Video 'Glow-Up', Gadis Dedah Berat Turun & Kulit Cantik Sebab Henti Minum Air Manis!

Cantiknya.

Cover image via Twitter @sco0bydoo0

Jika ditanya pada mana-mana wanita, pasti semua mahukan badan yang kurus dan sihat serta wajah yang cantik

Kecantikan dan kesihatan yang baik boleh diperoleh daripada amalan pemakanan kita sendiri.

Sekiranya kita banyak mengambil makanan serta minuman yang sihat, ia sebenarnya sangat membantu dalam mendapatkan tubuh badan yang sihat serta kulit wajah yang cantik.

Baru-baru ini, viral sebuah video 'glow-up' yang dimuat naik seorang gadis di laman Twitter memaparkan transformasi dirinya dalam tempoh enam tahun

Ternyata ramai yang terpegun lagi terpesona melihat video berdurasi 10 saat itu sehingga mendapat lebih 500 ribu tontonan, lebih 20 ribu retweets dan hampir 40 ribu likes.

Ekoran tularnya video berkenaan, ramai dari kalangan warganet yang bertanyakan serta meminta tips kecantikan daripada gadis yang dikenali sebagai Najwa itu.

Mengakui banyak yang telah berubah semenjak di tingkatan 3 sehingga usianya yang kini menjejak 20 tahun itu, Najwa berkata dia hanya memuat naik video tersebut gara-gara mengikuti orang ramai yang turut sama berkongsikan kisah glow-up masing-masing.

"Nampak ketara dulu dan sekarang sebab muka saya dah OK. Dulu banyak jerawat, berminyak, dan hitam. 

"Berat badan saya juga turun dalam 10kg dalam tempoh itu. Sekarang maintain berat sekitar 65kg. Ada juga yang tegur, pipi dan hidung pun nampak kecil sekarang," katanya kepada MStar.

Menurut Najwa, tips yang diamalkannya bagi mendapatkan kulit yang cantik adalah berhenti meminum air manis

Najwa yang sebelum ini pernah mencuba lebih 30 produk kecantikan berkata kulitnya mula menunjukkan perubahan positif sejurus selepas dia berhenti mengambil minuman manis, sekitar enam bulan yang lalu.

"Jerawat saya dah kurang selepas berhenti minum air manis. Saya kurangkan dulu. Tapi dalam pertengahan tahun ini, saya berhenti terus minum air manis.

"Saya juga perasan senang nak turun berat badan bila tak ambil air manis," ujarnya lagi.

"Tak kisah produk tu mahal atau murah, yang penting ia sesuai dengan kulit kita. Sunscreen juga sangat penting," tambah penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka, itu lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Minum air kosong boleh tapi jangan over, tau!

Lagi tips menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: