seismik

Gadis Tetap Positif Walaupun Tercampak Sehingga Putus Kaki. Elia Memang 'Super Woman'!

Elia telah mengalami kemalangan jalan raya di mana motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang sebelum tercampak sejauh kira-kira dua meter menyebabkan bahagian kakinya yang terputus terpaksa dipotong sehingga ke paras betis.

Cover image via Instagram @elianurul

Setiap manusia yang Allah cipta pasti akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini

Allah SWT menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada untuk menambah iman kita ataupun uji sejauh mana keimanan kita.

Oleh kerana sesuatu ujian itulah yang akan membuka mata hati kita, serta mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri kerana ditimpa ujian ini sebenarnya mampu mematangkan kita.

Kisah Elia Nurul Syahida Nasuriddin, 22, tular di media sosial apabila dilihat tabah dan redha atas apa yang menimpanya kerana sering memuat naik kisah dirinya di Instagram dari sudut positif

Elia Nurul Syahida Nasuriddin atau lebih mesra disapa Elia telah mengalami kemalangan pada 20 September yang lalu semasa dalam perjalanan dari rumah sewa ke tempat kerja di Putrajaya.

Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggang Elia melanggar tiang sebelum tercampak sejauh kira-kira dua meter. Akibat kejadian itu, Elia dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk mendapatkan rawatan, dan bahagian kakinya yang terputus terpaksa dipotong sehingga ke paras betis.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya masa lihat kaki terputus di lokasi kejadian. Rasa kaku, tergamam. Terdetik di hati dalam keadaan masih sedar itu, ‘Ya Allah apa yang aku nak buat selepas ni.

“Tapi saya cuba berfikiran positif, buat apa nak meratap nak meraung pun. Bukannya boleh tumbuh balik kaki tu. Saya harus tabah dengan ketentuan Allah," katanya kepada MStar.

Elia juga sering memuat naik gambar serta instastory disertakan dengan caption bersahaja dan mencuit hati tentang dirinya di laman sosial

Menurut Elia, dia hanya mahu mewujudkan persekitaran yang lebih ceria untuk diri sendiri serta orang sekeliling.

“Kalau saya sedih lama-lama, nanti lagi lambat saya nak berjalan. Saya tak nak ambil perkara ini terlalu serius, cukuplah reda dengan apa yang menimpa diri saya.

“Apa yang dikongsi itu ada banyak sebab, mahu dijadikan pengajaran dan berjenaka dalam suasana gembira dan ceria, bergantung kepada penerimaan bagi mereka yang membacanya,” ujarnya.

Tambah super woman itu lagi, tumpuannya kini adalah agar cepat sembuh dengan menjalani latihan fisioterapi agar dapat berjalan semula, meskipun dengan menggunakan kaki palsu

“Teruskanlah melangkah. Kalau saya nak mengubah sesuatu, saya tak boleh putus asa,” kata Elia yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan dan semangat.

Betul, setiap kepahitan pasti akan ada kemanisan.

Semoga ketabahan dan kecekalan adik Elia ini memberi inspirasi kepada kita semua! Syabas dik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: