seismik

[GAMBAR] Homestay Vibe Kampung Di Selangor Ini Sesuai Untuk Anda Yang Inginkan Terapi Alam

Added to wishlist!

Cover image via @omaralattas (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Sukakan nature dan inginkan terapi alam setelah penat bekerja?

Image via GIPHY

Mesti kita nak reward diri sendiri sekali-sekala bukan? Nak 'me-time' juga setelah penat bertungkus-lumus menjalankan komitmen. Tunggu apa lagi, jom explore! 

Untuk anda yang sukakan alam, tempat ini memang perfect untuk anda. Bunyi kicauan burung, air sungai yang mengalir, angin yang meniup daun-daun pokok. Sangat tenang!

Homestay ini terletak di Hulu Langat, Selangor

Homestay ini dinamakan Taman Sari Jungle Homestay. Jom lihat perkongsian oleh @omaralattas melalui Twitter semasa dia menginap di sana. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Penginapan di sini merupakan ruang terbuka dan dikelilingi dengan pelbagai flora

Terdapat 3 unit penginapan yang anda boleh pilih iaitu The Bothy, The Cottage dan The Shack. Semuanya merupakan 'open air' yang membolehkan anda menghirup udara segar. 

Anda boleh menikmati pemandangan sunrise di sini. Suara ayam berkokok di pagi hari menjadikan ia seperti suasana kampung. Bestnya!

Tidak cukup dengan itu, anda boleh bermandi-manda di sungai terdekat

Disebabkan Taman Sari terletak berdekatan dengan kawasan sungai dan air terjun, anda boleh mandi sungai dengan hanya 10 minit. 

Anda boleh ke Asli Adventure Base Camp, Sungai Lopo Village dan Sungai Congkak. Jika anda minat hiking, anda boleh pergi ke air terjun Sungai Lepoh antara 45 hingga 60 minit. 

Ketahui tentang homestay ini dengan lebih lanjut di sini

Jom staycation nanti. Add to wishlist! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: