seismik

Ini 22 Hotel Yang Menawarkan Bufet Ramadan Menarik & Berbaloi Di Selangor. Jom Iftar!

Tunggu apa lagi, ayuh plan.

Cover image via Hilton Garden Inn Puchong & Dorsett Hotels

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan Ramadan ini merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam

Image via GIPHY

Bulan yang mulia ini bukan saja memberi peluang kepada umat Islam menambahkan amalan malah suasananya yang tenang ini membuatkan para umat Islam enjoy menjalankan ibadah puasa. 

Apa yang menarik pada bulan ini adalah ramai tertarik dengan pelbagai makanan enak yang boleh didapati di bazar Ramadan. Bukan itu saja, bufet Ramadan pun menjadi salah satu pilihan oleh rakyat Malaysia untuk berbuka puasa bersama rakan atau keluarga. 

Disebabkan pegerakan kita terbatas, inilah masanya untuk berbuka puasa di negeri Selangor. Discover Selangor sama-sama jom di Tourism Selangor

Takda idea nak pergi bufet mana?

Jom kita lihat 22 hotel yang menawarkan bufet Ramadan ini:

1. Dorsett Grand Subang Hotel

Image via Dorsett Hotels
Image via Dorsett Hotels

Santapan Iftar di Dorsett Grand Subang Hotel ini menawarkan dua set berbuka iaitu Santapan Mubarak dan Santapan Barokah. Dua set ini menghidangkan dua menu berbeza termasuklah makanan tempatan. Selain itu, pelanggan boleh bersedekah melalui Sedekah Iftar @ RM18 yang untuk satu set makanan.

Alamat:
The Emperor,
Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Harga:
Santapan Mubarak
RM98 untuk dewasa
RM88 untuk kanak-kanak (berumur 6-12) & warga emas (berumur 60 dan ke atas)


Santapan Barokah
RM78 untuk dewasa
RM68 untuk kanak-kanak (berumur 6-12) & warga emas (berumur 60 dan ke atas)

Dapatkan info lanjut di sini.

2. Wyndham Acmar Klang Hotel

Nostalgia Kampungku menjadi tema untuk tahun ini dengan menyajikan anda hidangan-hidangan nostalgia yang pastikan membuatkan anda terliur!

Alamat:
T.Cafe,
Wyndham Acmar Klang hotel, G-1, Persiaran Bukit Raja 2, 41150 Klang, Selangor.

Harga:
RM138 untuk dewasa
RM100 untuk warga emas
RM84 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

3. Eastin Hotel

Image via Eastin Hotel
Image via Eastin Hotel

Icip-icip Kampungku Buffet Dinner merupakan bufet ramadan yang boleh dinikmati di Eastin Hotel. Hotel ini menawarkan menu utama yang menyelerakan iaitu Kambing Panggang bersama Nasi Arab, Sup Gearbox Berempah, serta Nasi Lemak Kukus Daun Teratai.

Alamat:
Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor.

Harga: 
RM148 untuk seorang

Dapatkan maklumat lanjut di sini

4. Tenera Hotel

Image via Tenara Hotel
Image via Tenara Hotel

Bufet Ramadan Tujuh Kawah menyajikan pelbagai menu kawah seperti kerutuk daging, rendang, kambing bakar, satay, kuih-muih dan banyak lagi yang boleh dinikmati.

Alamat:
Restoran Selasoh Garden,
Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Harga:
RM78 untuk dewasa
RM48 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

5. Mardhiyyah Hotel & Suite

Bufet Antarabangsa yang menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Apa yang menarik, anda berkesempatan untuk solat Maghrib dan solat tarawih berjemaah di sini.

Alamat:
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 40000 Shah Alam, Selangor.

Harga:
RM99 untuk dewasa
RM79 untuk warga emas
RM59 untuk kanak-kanak (berumur 6-12)

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

6. Best Western i-City Shah Alam

Bufet Citarasa Warisan menyajikan hidangan bufet yang enak dengan makanan tempatan yang lazat seperti Sup Gearbox, Kambing Bakar, BBQ dan banyak lagi. Paling special, air kelapanya!

Alamat:
A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia, i-City, Selangor Golden Triangle 40000 Shah Alam, Selangor.

Harga: 
RM119 untuk dewasa
RM55 untuk warga emas

Dapatkan maklumat lanjut di sini

7. Park Inn by Radisson Putrajaya

Sajian Ibunda Bufet menyajikan lebih daripada 100 hidangan asli selain menonjolkan masakan tempatan dan antarabangsa.

Alamat:
Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000, Kajang, Selangor 43000 Kajang, Selangor.

Harga:
RM78 untuk dewasa
RM58 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

8. Four Points by Sheraton Puchong

Tradisi Warisan berkonsepkan moden yang juga menawarkan set pesanan istimewa iaitu Briyani Kambing dan Briyani Ayam.

Alamat:
1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri 47100 Puchong, Selangor.

Harga: 
RM145 untuk dewasa
Rm72.50 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini. 

9. Pegasus Hotel

Hotel Pegasus turut menawarkan hidangan istimewa setiap hari iaitu kambing bakar, sate ayam dan daging.

Alamat:
Jalan Pahat 15/L Seksyen 15 40000 Shah Alam, Selangor.

Harga: 
RM88 untuk dewasa
RM44 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

10. Hilton Garden Inn Puchong

Tetamu boleh menikmati juadah berbuka puasa Selera Warisan Bonda bersama yang tercinta di restoran The Garden Grille.

Alamat:
Jalan DM2, Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor.

Harga:
RM88 untuk dewasa
RM44 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

11. The Saujana Hotel

Jelajah Selera Ramadan menawarkan lebih daripada 120 sajian yang merangkumi hidangan tempatan mahupun antarabangsa. Bufet Ramadan boleh dinikmati di Charcoal’s Malaysian Style Grill Room.

Alamat:
Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor.

Harga:
RM160 untuk seorang

Dapatkan maklumat lanjut di sini

12. Geno Hotel

Image via Geno Hotel

Bufet Tradisi Ramadan menawarkan pelbagai hidangan yang enak spesial untuk anda!

Alamat:
Geno Hotel Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas 47600 Shah Alam, Selangor.

Harga:
RM88 untuk dewasa
RM55 untuk warga emas
RM40 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

13. Holiday Villa Hotel

Juadah Ramadhan Tradisi Desa yang menghidangkan lebih daripada 50 hidangan yang dibawakan kepada anda oleh pasukan chef yang penuh berbakat yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Chef Azram.

Alamat:
9, Jalan SS 12/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Harga:
RM88 untuk dewasa
RM55 untuk warga emas
RM44 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

14. Empire Hotel

Image via Empire Hotel

Sajian Citarasa Kampung membawakan pelbagai hidangan kampung kepada penggemar hidangan turun-temurun.

Alamat:
Empire Hotel Subang, Jalan SS16/1 Subang Jaya 47500 Subang Jaya, Selangor.

Harga:
RM55 untuk dewasa
RM45 untuk warga emas dan kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

15. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Nikmati bufet ramadan Rentas Selera Ramadan di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Anda boleh meraikan bulan yang penuh keberkatan ini bersama hidangan bufet yang dijamin pasti menyelerakan.

Alamat:
1 Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1 40250 Shah Alam, Selangor.

Harga: 
RM105 untuk dewasa
RM65 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

16. Première Hotel

Image via Première Hotel
Image via Première Hotel

The Journey of Iftar membawakan kepada anda menu-menu yang menepati cita rasa anda!

Alamat:
Bandar Bukit Tinggi 1/KS6 Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor.

Harga: 
RM100 untuk dewasa
RM75 untuk warga emas dan kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

17. Concorde Hotel Shah Alam

Manjakan diri anda pada bulan suci Ramadan ini di Melting Pot Cafe untuk berbuka puasa bersama Juadah Iftar 2021 sebagai tema tahun ini.

Alamat:
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C 40100 Shah Alam, Selangor.

Harga:
RM120 untuk dewasa, potongan sebanyak 50% untuk kanak-kanak.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

18. One World Hotel

Cinnamon Coffee House di One World Hotel merupakan antara salah satu restoran bufet terbaik di Petaling Jaya yang wajib anda cuba! Meriah Kembali menjadi tema yang menawarkan lebih 100 sajian enak setiap hari serta aneka pencuci mulut yang amat meliurkan.

Alamat:
Cinnamon Coffee House, One World Hotel,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800,
Petaling Jaya, Selangor.

Harga:
RM158 untuk dewasa
RM79 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

19. Royale Chulan Damansara

Citarasa Nusantara Ramadan Buffet membawakan hidanngan asli yang disajikan oleh Chef yang penuh berbakat.

Alamat:
2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Harga:
RM118 untuk dewasa
RM98 untuk frontliner
RM88 untuk warga emas
RM68 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

20. Avenue Garden Hotel

Bufet ramadan di sini kembali menjamu anda dengan membawa tema Dari Dapur Cik Abang yang disediakan oleh pasukan chef yang pakar dalam masakan melayu asli.

Alamat:
No.3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue, Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, Taman Bangi Avenue, Selangor.

Harga:
RM58 untuk dewasa
RM48 untuk kanak-kanak
*Tempahan awal perlu dibuat sebelum 16 April untuk dapatkan harga tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

21. Acappella Suite Hotel

Buat tempahan sekarang dan datang bersama keluarga anda untuk menikmati juadah berbuka puasa yang sangat melazatkan!

 
Alamat:
8 Persiaran Sukan 40100 Shah Alam, Selangor.

Harga:
RM60 untuk dewasa
RM42 untuk kanak-kanak

Dapatkan maklumat lanjut di sini

22. Sama-Sama Hotel KL International Airport

Sama-Sama Hotel KL International Airport menawarkan hidangan berbuka puasa secara Ala-Carte.­ Park & Dine at Piazza membawakan kepada anda pelbagai set makanan.

Alamat:
KL International Airport,
Jalan CTA 4B, 64000
KLIA Sepang.

Harga: 
Harga mengikut set makanan.

Dapatkan maklumat lanjut di sini

Dah boleh plan dah nak iftar dekat mana, jangan lupa sentiasa patuh kepada SOP yang ditetapkan ya! ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di sini:

Inginkan resepi sahur?

Jom buat persiapan untuk raya:

You may be interested in: