seismik

Harga RM101 Juta Tapi Macam Hospital Sakit Jiwa, Rumah Kim Kardashian Ini Jadi Perdebatan

Konsep minimalis, cantik apa.

Cover image via lifeandstylemag

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri dalam mendekorasi rumah idaman

Dari segi kos pula, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit bahkan boleh mencecah sehingga berjuta demi merealisasikan konsep yang diingini.

Tetapi, kadangkala ada juga hasil yang nampak simple walaupun kos dekorasi saja memakan lebih satu juta ringgit.

Baru-baru ini, rumah selebriti dan model antarabangsa terkenal iaitu Kim Kardashian menjadi bualan ramai gara-gara konsep dekorasinya dikatakan seperti hospital sakit jiwa.

Lihat posting tersebut di bawah:

Buat rumah konsep minimalis cecah lebih RM100 juta, tapi netizen pula cakap macam hospital sakit jiwa

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Kim Kardashian di laman Instagramnya, kelihatan dia berkongsi beberapa keping gambar di kediamannya dengan kapsyen "Things at home that make me happy".

Jika dilihat, rumahnya itu berkonsepkan suasana minimalis dan memang nampak simple saja. Tetapi, ramai terkejut apabila mendapat tahu harga rumah tersebut mencecah sehingga RM101 juta.

Walau bagaimanapun, pemilihan warna pucat yang hampir sekata di ruang tamu, bilik tidur, dapur membuatkan ada segelintir netizen menyamakan rumah itu dengan hospital sakit jiwa.

Image via googleapis.com

"Your house gives me depression" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mencecah sehingga 1.8M likes dan 25.9K likes di Instagram.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tidak gemar dengan dekorasi rumah model itu kerana ia nampak sangat kusam dan tidak berseri.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Mungkin dia pilih konsep macam tu sebab tak nak nampak serabut kot? Hmm. Apa-apa pun lain orang lain preference kan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: