seismik

"Sampai Kat Buyer Dah Separuh" - Iklan Ni Buat Netizen Keliru Seller Jual Cat Ke Lip Tint?

Bukan itu sahaja, warna 'nude' yang dipaparkan tidak menampak warna neutral langsung malah lebih kepada tona warna maroon atau merah darah.

Cover image via Twitter @ejakkku

Lip tint merupakan pewarna bibir yang baru-baru ini berkembang berkat pengaruhnya di Korea

Malah kalau anda peminat drama-drama dari Korea Selatan, pasti perasan kebanyakan heroine memakai lip tint pada bibir mereka untuk mendapat kesan ombre. Selain itu, pemakaian pewarna bibir jenis ini juga menjadikan bibir kelihatan merah semula jadi. 

Image via Pinterest

Bukan itu sahaja, formula dalam pewarna bibir lip tint yang berasaskan air (water based) membuatkan teksturnya sangat ringan berbanding lipstik mahupun lipmatte. Lip tint yang sifatnya menyerap terus ke bibir kita juga membuatkan kita tidak perlu untuk touch up banyak kali.

Image via Hipwee

Kebiasaannya, kita selalu melihat pada iklan-iklan bagaimana pewarna bibir diaplikasikan pada nadi lengan bagi memperlihatkan warna sebenar produk tersebut sekiranya dipakai pada bibir kelak. Tapi lain pula jadinya dengan satu iklan di laman Facebook ini.

Baru-baru ini viral di laman sosial satu screenshot iklan promosi produk lip tint yang bukan sahaja berjaya menarik perhatian bahkan sampai jadi keliru orang dibuatnya

Manakan tidak, untuk menampakkan warna-warna produk lip tint yang ada, si penjual bukan hanya calit pada pergelangan tangan, tapi siap cat pewarna bibir itu pada seluruh lengannya!

Screenshot tersebut yang telah dikongsikan pengguna Twitter @ejakkku ternyata membuat para netizen sampai jadi tidak terkata. Bahkan ramai yang mempersoalkan sama ada produk yang dijual seller itu ialah lip tint atau cat.

Lawaknya, warna 'nude' yang dipaparkan tidak menampak warna neutral langsung malah lebih kepada tona warna maroon atau merah darah. Makin keliru netizen dibuatnya!

Di bawah adalah komen-komen melucukan daripada netizen susulan tularnya tweet perkongsian tersebut:

Kelakarlah!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel kelakar di SAYS Seismik:

You may be interested in: