Ikuti 3 Tips Mudah Untuk Buat 'Feed' IG Lebih Kemas & Rapi, Terutama Buat Peniaga Online
Bukan mudah sebenarnya nak jaga media sosial ni, kadang-kadang nak tulis kapsyen je dah ambil masa setengah jam.
Dengan arus globalisasi ini, menjadi peniaga online atau pun freelancer bukan lagi sesuatu yang baru di dalam masyarakat kini
Sudah terlalu banyak perniagaan atas talian yang boleh ditemui terutamanya di Facebook, Twitter, Instagram dan juga medium-medium lain. Saban hari, ada sahaja page atau akaun baru diwujudkan hinggakan kita sebagai pengguna keliru untuk memilih yang mana satu.
Dengan persaingan yang semakin banyak, apa membezakan para peniaga online dan freelancer ini adalah cara mereka memasarkan produk menerusi laman media sosial masing-masing.
Tidak dinafikan, pelanggan akan lebih tertarik untuk menekan butang follow jika peniaga mempunyai laman media sosial yang tersusun cantik kan?
Semua ini seakan mengikut fitrah manusia juga yang suka melihatkan perkara cantik sahaja.
Bagaimanapun, bukan mudah sebenarnya untuk menjaga laman media sosial ini. Ditambah pula, jika anda seorang sahaja yang 'bekerja'. Kadang-kadang, tak terkejar kita dibuatnya.
Seorang wanita dikenali sebagai Dyeana Rose yang juga merupakan seorang jurufoto freelancer berkongsi tips untuk memastikan laman media sosial sentiasa cantik dan kemas di laman Twitter miliknya
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat hampir 4 ribu retweets dan 7.2 ribu likes.
Selain itu, dia juga turut berkongsi beberapa tips daripada pengguna Twitter lain mengenai topik sama
Semoga tips ini akan bermanfaat kepada semua yang berniaga atas talian ataupun kepada freelancer