“Kerja Kosong, Gaji In USD” - Tawaran Nampak Indah Tapi Jangan Terpengaruh. Ini Sebabnya
Scammer mempunyai pelbagai jenis cara untuk menipu. Ini antaranya...
Zaman sekarang ini, memang ramai individu yang terus hilang kawalan dan mudah terpedaya jika ada yang datang menawarkan kekayaan dengan sekelip mata
Menurut kajian, rakyat Malaysia adalah antara yang mudah ditipu dan terperangkap oleh sindiket penipuan. Setiap hari pasti ada sahaja berita tentang penipuan yang melibatkan ratusan malah ribuan ringgit.
Walaupun sudah beberapa kali sindiket ini ditumpaskan, namun akan ada lagi individu yang kembali muncul dengan penipuan yang lebih hebat sehingga melibatkan golongan cerdik dengan pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi.
Namun, penipu di luar sana kini menjadi lebih cilik dengan menggunakan alasan untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan baru yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap. Ramai juga yang hampir tertipu dan jatuh ke lembah 'scammer' ini.
Seperti perkongsian seorang gadis di laman Twitter @AmeeRamly dia telah menulis sendiri pengalamannya ketika hampir ditipu oleh scammer seperti ini
Kononnya, mereka ini adalah syarikat yang menawarkan kerja freelance untuk mengendalikan media sosial dengan bayaran gaji dalam US Dollar (USD). Bila dengar bayaran gaji akan dibayar dengan mata wang di US, siapa sahaja akan tahan bukan? Satu kali bayaran pun sudah memadai. Ini pula jika bekerja selama beberapa bulan atau beberapa tahun.
Pasti lebih lumayan.
Namun begitu, perlu diingatkan juga supaya anak muda di luar sana tidak mudah untuk terjerumus di lembah 'scammer' ini. Untuk tahu lebih lanjut tentang taktik penipuan kes seperti ini, baca perkongsian penuh di bawah:
Jangan mudah terpengaruh dengan posting 'Kerja kosong freelance social media dengan gaji in USD'. Ini pengalaman yang dihadapinya sendiri.
Scammer tersebut ajak untuk berjumpa di mana-mana untuk berbual dan suai kenal. Dalam hatinya, mungkin ingin temu duga secara santai sahaja.
Kononnya pekerjaan ini bakal menjanjikan pendapatan sebanyak RM50-RM100k sebulan. Namun, ketika berbual, mata mereka seperti melilau ke sana ke mari seolah-olah tidak senang duduk.
"You tak nak ke kalau masuk shopping dalam Zara, tak perlu tengok price tag?" Pandai sungguh taktik mereka untuk memujuk sehingga memaksa...
Bila dijelaskan bahawa dia tiada wang yang cukup untuk bayar, mereka beri idea supaya pinjam duit kawan lain. Siap tengok telefon untuk memastikan dia mesej kawan-kawan bagi meminjam wang!
Sebab itulah anda harus lebih berhati-hati dengan sindiket seperti ini. Jangan terlalu mudah tertipu dan terpedaya. Bahaya!
Jauhi diri anda daripada tertipu jika ternampak poster seperti ini:
Bukan setakat itu sahaja, ramai juga pengguna Twitter berkongsi iklan-iklan yang perlu dielakkan dan cara terbaik untuk detect scammer
Sumber: Twitter @AmeeRamly