Individu Gelakkan Warga Asing Solat Zohor Sampai 12 Rakaat, Ustaz Tampil Beri Penjelasan
Kena tahu juga sebenarnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai umat Islam, adalah tanggungjawab kita untuk mendirikan solat 5 waktu sehari
Di Malaysia, lazimnya kita akan mengikut Mazhab Syafi'e iaitu Zohor 4 waktu, Asar 4 waktu, Maghrib 3 waktu dan Isyak 4 waktu.
Namun, tidak dinafikan ada segelintir yang mengikut Mazhab lain sehingga ada yang melebihkan waktu solat.
Baru-baru ini, tular apabila seorang individu terkejut dengan penerangan seorang lelaki warga asing yang memberitahu bilangan rakaat semasa waktu solatnya.
Tergelak dengar solat Zohor sampai 12 rakaat
Menerusi video tersebut, individu berkenaan sedang bertanyakan berapakah jumlah rakaat solat kepada seorang lelaki warga asing.
Malah, dia terkejut mendengar rakaat yang dilakukan kerana sangat banyak rakaat yang dilakukan.
Warga asing itu mengatakan dia melakukan solat Subuh sebanyak empat rakaat, Zohor 12 rakaat, Maghrib lima rakaat dan Isyak 17 rakaat.
Ustaz ini jelas tiada yang salah dan ianya betul
Selepas tularnya video tersebut, seorang ustaz turut memberikan penjelasan mengenai video tersebut.
Katanya, lelaki warga asing itu tidak salah kerana dia mengikut Mazhab Hanafi.
"Jadi dalam Mazhab Hanafi, solat sunat rawatib iaitu Qabliyah dan juga solat sunat Ba'diyah bagi mereka ataupun mereka mengerjakan Rawatib ini seakan-akan wajib.
"Mereka tidak pernah tinggalkan Rawatib, mereka tidak pernah meninggalkan Qabliyah dan juga Ba'diyah termasuklah solat sunat witir.
"Sebab itu brother ini sebut Subuh empat rakaat, bermaksud Subuh dua rakaat dan digabungakan dengan dua rakaat Qabliyah Subuh," jelasnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!