"Ingat Berani Tonyoh Muka Tanpa Izin?" - Aliff Syukri Akui Wanita Itu Adalah 'Team' Mereka
Pengakuan tersebut telah dibuat oleh Dato' Aliff Syukri sendiri di laman Instagram miliknya.
Berikutan isu tentang gimik produk Dato' Aliff Syukri yang dikatakan tidak bertempat telah viral baru-baru ini disiarkan secara langsung ketika program Gegar Vaganza
Oleh disebabkan isu tersebut, Dato' Aliff Syukri sekali lagi dikecam oleh netizen yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.
Usahawan kosmetik terkenal itu juga telah meraih banyak komen negatif selepas kejadian tersebut. Ianya juga disebabkan oleh penghinaan yang dilemparkan oleh Dato' Aliff Syukri kepada penyanyi berkulit gelap iaitu Santesh.
Dia juga telah membuat demo produknya dengan memilih 'ugly woman' secara rawak yang berada di dalam dewan tersebut
Video penuh di bawah:
Namun, Dato' Aliff Syukri semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita yang dipanggil 'Ugly Woman' itu merupakan 'team' yang telah diberitahu terlebih dahulu sebelum diterjah untuk melakukan testimoni
Ini merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Aliff Syukri mengenai insiden tersebut:
Semoga anda yg menilai sendiri dan letakkan diri anda ditempat saya menaja program berjuta mesti lah ada konsep dan dah refer pada smua.
Inilah Wanita yg jadi model pada malam tersebut adalah kila yg merupakan team kami yg telah kita beritahu awal utk menjadi testimoni pada malam tersebut....sebab tu kita dah plan dia duduk hujung senang kameraman nak capture......bukan kita main terjah je kamera pun x sempat nak ikut...siapa yg ada di auditorium akan tahu....
Kalau tgk Gv setiap minggu pasti tahu saya akan buat demo dan setiap minggu kami hanya menggunakn team kami sendiri dan bukan orang luar....ingat saya berani ke tonyoh muka orang x minta izin.......
Apapun yg khilaf itu dari saya sbb terlepas cakap saya dah pun minta maaf pada malam tersebut dalam slot abg bawang.....tapi kalau mana yg nak terus mengutuk dan menghina silakan...saya x mampu puaskan hati anda semua......begitu juga kes amelina dan santesh pun saya minta maaf kerana niat saya bergurau akhirnya membawa padah dan menyinggung perasaan orang walapun org lain cakap x pula menjadi issue....terima kasih pada sesiapa yg dah kutuk,hina dan sebagainya.......terima kasih juga yg masih memberi semangat....semagat saya berniaga tidak terhenti disebabkan anda yg menghina.....
Nanti ada yg cakap asyik minta maaf je pastu buat lagi.....ni berbayar la apa la silakan sebab anda berhak bg komen....selagi nama manusia mestilah ada salah silap,mungkin orang x nampak je aib kita...... vedio ni saya nmpak happy tapi dalam hati saya hanya ALLAH sahaja yg tahu berapa ribu org menghina dan menhentam saya seolah2 saya penjenayah negara..semoga mereka yg suka jaga tepi kain org dan suka up kan citer saya ni dan mewujudkan perbalahan ini hnya ALLAH YG BALAS malas nak layan org yg kurang kerja ni..
Saya terima je teguran ni tapi cmm x adil utk saya kenapa setiap kali saya buat sesuatu perlu dikaitkan dgn kekayaan atau duit....kaya x ada adab.....adakah semua orang berduit perlu dikaitkan dgn benda mcm tu........hatta yg menegur walaupun orang yg terkenal bukan x pernah bertegur sap bukan x pernah bersua tapi takpelah mungkin saya tidak sebijak dan sehebat beliau utk berhujah ttg isu ni...