seismik

"Saya Ada Segalanya, Tapi Masih Rasa Kosong" - Dato' Aliff Syukri Luah Rasa Ingin Berubah

Sudah tiba masanya, Dato'...

Cover image via Google

Nama yang sering disebut-sebut oleh masyarakat iaitu Dato' Aliff Syukri yang merupakan seorang pengasas produk D'Herbs baru-baru ini telah menyatakan hasratnya ingin berubah dan tidak mahu lagi menjadi tumpuan ramai

Dato' Aliff Syukri.

Image via Falah

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, Dato' Aliff Syukri mula menyatakan hasratnya itu kerana dia mulai merasa tidak mahu menjadi tumpuan orang ramai lagi.

Jika sebelum ini dia telah digelar sebagai seorang yang suka mencari 'perhatian' masyarakat dengan melakukan aksi-aksi yang pelik, kini tidak lagi.

Diambil dari klip video lagu Dato' Aliff Syukri dan Sajat, iaitu Bobo Di Mana.

Image via New Straits Times

Dia merasakan inilah masanya untuk berubah ke jalan yang benar.

Dato' Aliff Syukri juga merasakan dia tidak mahu terbawa-bawa dengan dunia hiburan dan juga apa-apa aktiviti yang melalaikan lagi

Image via Wanista

Dia mengatakan bahawa, "Sejak kebelakangan ini, saya mempunyai hasrat yang kuat untuk mengurangkan diri saya dari penglibatan mana-mana media hiburan. Saya kemudiannya sedar bahawa saya tidak mahu diri saya terbawa-bawa oleh dunia hiburan, kemasyhuran dan kekayaan ini lagi."

Tambahnya lagi, "Saya terlalu terperangkap dengan kehidupan yang glamor dan keseronokan yang datang dengannya. Saya mempunyai segala-galanya yang saya mahukan dalam kehidupan tetapi saya rasa kosong."


"Saya sering menangis ketika berdoa kepada Allah dan memikirkan gaya hidup saya. Saya sedar saya sepatutnya menghabiskan lebih banyak masa untuk lebih dekat dengan Allah..."
Dato' Aliff Syukri

Alhamdulillah. Semoga Dato' terus istiqamah. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian lain mengenai kehidupan Dato' Aliff Syukri:

You may be interested in: