seismik

Isu Akaun ‘Dark Side’ Hangat Dibincangkan Di Parlimen, Jadi Sumber Pendapatan Anak Muda

Kesibukan ibu bapa yang membuatkan ada antara anak-anak terlibat dengan 'Dark Side'.

Cover image via Thrive global & Majalah labur

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak-anak hari ini lebih banyak menghabiskan masa melayari media sosial yang boleh memberi kesan kepada diri mereka sendiri jika penggunaannya tidak dibuat secara berhemah

Ini disebabkan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan mereka dan tidak memantau aktiviti anak-anak mereka.

Begitulah luahan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden tentang kesibukan ibu bapa yang membuatkan ada antara anak-anak terlibat dengan 'Dark Side' di platform X.

"Kita perlu sedar, terdapat aktiviti-aktiviti tidak sihat sedang berlaku dalam media sosial, terutamanya 'The Dark Side' iaitu sisi yang gelap," katanya.

Image via Thrive global

Kebanyakannya dalam kalangan anak muda

Menurutnya, terdapat sebilangan anak muda terutamanya di universiti, sekolah dan lain-lain lagi mudah untuk terjebak dengan 'Dark Side'.

Selain itu, beliau juga ada menerangkan apa yang dimaksudkan dengan 'Dark Side' itu.

"Dark side merupakan satu medium yang disalahgunakan untuk menyebarkan hal-hal salah laku moral seperti khidmat langganan seks dan dapat meruntuhkan akhlak," jelasnya.

Tambahnya, di sisi yang cerah mereka adalah insan yang baik, tetapi di sisi lain pula mereka sedang meruntuhkan akhlak mereka sendiri.

Bimbang anak muda jadikan 'Dark Side' sebagai platform mencari pendapatan

"Kalaulah belia yang ada pada hari ini tidak dikawal keadaannya, bagaimana dengan nasib negara kita pada masa akan datang.

"Kalau ada kerajaan ada kuasa menyekat konten-konten yang tidak selari dengan aspirasi kerajaan, kenapa kita tidak menggunakan kuasa tersebut untuk menurunkan konten-konten yang boleh merosakkan akhlak para belia," luahnya lagi.

Beliau juga berpendapat bahawa negara kita perlu menggunakan kuasa tersebut seluasnya supaya dapat menjadikan belia kita dan masa depan negara kita terjamin.

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: