seismik

Jabatan Penjara, PDRM Buru Banduan Lari Ketika Terima Rawatan Di Hospital Sungai Buloh

A Kalai Kumar, 27 kini masih diburu pihak berkuasa selepas melarikan diri pada 18 September lepas.

Cover image via Berita Harian & Polis Daerah Sungai Buloh (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Penjara Malayisa dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang memburu seorang banduan lelaki yang berjaya melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 18 September lepas

Menerusi posting yang dimuat naik Polis Daerah Sungai Buloh di Facebook, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.56 petang.

"Kami dimaklumkan oleh pihak Hospital Sungai Buloh bahawa banduan berkenaan iaitu A Kalai Kumar, 27, disyaki melarikan diri selepas didapati tiada di katilnya (di hospital terbabit).

"Banduan berkenaan mempunyai lapan rekod membabitkan kes jenayah serta kesalahan narkotik," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor

Image via Polis Daerah Sungai Buloh (Facebook)

Mohon kerjasama orang ramai turut sama bantu dan salurkan maklumat dalam mencari banduan terbabit

Menurutnya, pihak polis sedang mengesan banduan berkenaan yang berketinggian 169 sentimeter (sm) dan berat 70 kilogram itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung banduan itu yang memiliki tatu di bahagian dada dengan lambang 'crown' diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 untuk tindakan lanjut," katanya.

Butiran terperinci banduan adalah seperti berikut:

Nama: Kalai Kumar a/l Anandan
Jantina: Lelaki
Ketinggian: 169 cm
Berat: 70 kg
Mempunyai tatu di bahagian dada lambang crown (mahkota)

Dalam pada itu, Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa terdapat satu kes kelarian banduan reman yang berlaku di Hospital Sungai Buloh

Menurut Jabatan Penjara Malaysia, banduan reman tersebut melarikan diri ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sungai Buloh.

"Jabatan ini telah menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan banduan reman tersebut. Sehingga kini usaha pencarian sedang dipergiatkan dan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain"

"Lembaga Siasatan juga telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kelarian tersebut dan sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu yang mencurigakan, untuk segera menghubungi Penjara Sungai Buloh melalui talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222. Jabatan Penjara Malaysia memohon maaf di atas segala kesulitan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: