seismik

Johari Kini Dilantik Oleh PM Untuk Ketuai Pasukan Bertindak Selesaikan Isu 1MDB

Anwar Ibrahim berkata beliau bersetuju dengan kritikan Ahli Parlimen Titiwangsa berhubung penyelesaian USD2.5 bilion dengan Goldman Sachs.

Cover image via Utusan Malaysia & CNBC via Goh Seng Chong/Bloomberg

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai pasukan bertindak bagi 'menyelesaikan' hal berkaitan skandal 1MDB

Menurut Bloomberg menerusi laporan Free Malaysia Today, Anwar berkata, beliau bersetuju dengan kritikan terhadap Putrajaya berkaitan penyelesaian USD2.5 bilion dengan Goldman Sachs berhubung skandal itu. Penyelesaian dengan bank pelaburan itu dicapai pada 2020, ketika Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

“Saya sendiri tidak bersetuju dengan keputusan lalu, yang terlalu ringan ketika persetujuan dicapai. Goldman Sachs mengaut untung di atas kesukaran dan derita kita,” kata Anwar dalam sidang Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Utusan Malaysia

Pada 2020, kerajaan diterajui Muhyiddin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs melibatkan bank itu membayar kepada kerajaan USD2.5 bilion tunai dan menjamin pemulangan aset 1MDB bernilai USD.4 bilion yang disita pihak berkuasa di seluruh dunia.

Bulan lalu, Johari mendesak Putrajaya menyiasat peranan dimainkan pihak tertentu dalam penyelesaian Putrajaya dengan Goldman Sachs, sambil menyifatkan Malaysia mengalami kerugian dalam hal berkenaan.

"Bagaimana boleh biar sahaja Goldman Sachs. Sedangkan 'senior management' Goldman Sachs terlibat dalam perkara ini" - Johari

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Image via Utusan Malaysia

Bekas menteri kewangan II itu, berkata Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama untuk tiga bon diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD6.5 bilion, memperoleh yuran USD606 juta dalam proses itu.

Johari berkata, sabitan jenayah terhadap dua bekas pegawai Goldman Sachs secara keseluruhannya merujuk berlaku perkara 'dipersoalkan' dalam penyelesaian 1MDB.

Ahli Parlimen Barisan Nasional itu berkata, bekas pegawai Goldman Sachs seperti Tim Leissner dan Roger Ng, menjadi sebahagian daripada pengurusan kanan syarikat terbabit, sambil mempersoal pembabitan mereka dalam skandal 1MDB.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: