Kad Kahwin Dah Moden, Pengantin Siap Letak Link Cadangkan Untuk Beli Hadiah - "Advance"
Maju betul kad kahwin sekarang ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan kecanggihan teknologi pada zaman sekarang, semuanya boleh diakses hanya di hujung hari sahaja
Begitulah dengan perkahwinan sekarang. Jika dahulu jemputan ke majlis perkahwinan menggunakan kad, tetapi zaman sekarang sudah adanya kad secara digital.
Ia lebih mudah dan menjimatkan kos daripada pembuatan kad, betul tak? Malah, kebiasaannya tetamu akan diberikan sekali penunjuk arah menggunakan waze atau google maps.
Siap letak link hadiah yang boleh dibeli
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu sedang membuka kad kahwin digital yang dihantar oleh rakan mereka.
Dia kemudian membukanya dan menunjukkan sehingga ke bawah maklumat kad tersebut.
Apa yang lebih membuat dia terpegun adalah selepas melihat pengantin siap meletakkan link barangan yang boleh dibeli untuk hadiah perkahwinan.
"Asal time aku kahwin dulu tak seadvance gini ek," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!