Kajian Mendapati Isu Seludup Rokok Akan Meningkat Naik Akibat Isu Pandemik Covid-19
Rokok seludup memberi impak bukan sahaja kepada pelanggan tetapi juga kepada pemilik perniagaan.
Baru-baru ini, syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia, Green Zebras, melakukan Kaji Selidik Persepsi Rakyat Malaysia Tentang Rokok dan Vape
Hasil kaji selidik mendapati 51% rakyat Malaysia mengakui tahap percukaian di Malaysia sedikit tinggi, manakala 23% daripada responden mengatakan cukai pendapatan terlalu tinggi. 81% daripada mereka yang berumur dari 19 hingga 39 tahun pula merasakan tahap percukaian sedia ada adalah beban kewangan bagi mereka.
Sebanyak 91% responden kaji selidik bersetuju kos sara hidup di Malaysia sememangnya lebih tinggi berbanding 5 tahun dulu. Manakala, 93% perokok dan bukan perokok bersetuju perokok lebih cenderung untuk beralih kepada rokok seludup berikutan duti eksais yang tinggi.
Pendapatan rakyat Malaysia akan memberi impak signifikan akibat pandemik Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pengarah Urusan Green Zebras, Steve Murphy mendedahkan hal ini sedikit sebanyak boleh memberi impak kepada isu rokok seludup di mana peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang beralih kepada rokok seludup dijangkakan meningkat berikutan pandemik Covid-19.
Murphy berkata, dalam keadaan apa pun, kemampuan akan terus menjadi punca utama kenapa rakyat Malaysia beralih kepada alternatif lebih murah ketika membeli barang dan servis keperluan mereka.
“Pendapatan rakyat Malaysia akan memberi impak signifikan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apabila pendapatan mula menyusut, permintaan untuk produk pasaran gelap yang lebih murah dijangkakan akan meningkat," katanya.
Hal ini juga tentunya berpotensi terjadi buat rokok, memandangkan produk itu dianggap mahal di Malaysia kerana duti eksais yang tinggi. Sementara, alternatif haram pula mudah didapati dan cuma memerlukan kos yang jauh lebih murah.”
Malah, hal ini juga bakal memberikan impak kepada pelanggan serta pemilik perniagaan
Sementara itu, kolumnis berita dan bekas Ketua Pegawai Pelaburan & Ketua Penyelidikan, Pankaj Kumar berkongsi pendapat rokok seludup memberi impak bukan saja pada pelanggan tetapi buat pemilik perniagaan. Sebilangan besar pengeluar dan pemilik kedai yang menjual rokok haram kini terkesan akibat perdagangan rokok seludup di rantau ini.
“Sekiranya perdagangan rokok haram terus berleluasa, banyak perniagaan yang sah terpaksa menghentikan operasi mereka di Malaysia. Lalu, pengaruh buruk akan wujud akibat langkah radikal ini dan pengangguran bakal meningkat serta kerajaan kehilangan hasil cukai.
“Namun, dengan pelaksanaan PKP, lebih mudah untuk memeriksa kenderaan yang melalui rangkaian jalan raya utama dan pihak berkuasa juga dapat melakukan pemeriksaan perdagangan rokok terlarang sekaligus memutuskan rantaian bekalan,” katanya.
Perdagangan haram ini mendorong aktiviti jenayah, rasuah, penyakit sosial dan kemungkinan aktiviti keganasan. Oleh itu, pihak kerajaan kini sedang mencari punca.
Kriminologi dan Pemeriksa Penipuan Bersijil, Datuk Sri Akhbar Satar pula berkongsi perdagangan haram mendorong aktiviti jenayah, rasuah, penyakit sosial dan kemungkinan aktiviti keganasan. Berbilion kerugian dalam perdagangan haram ini sebenarnya boleh disalurkan ke arah pengembangan kesejahteraan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi.
"Realiti ini sangat tidak menguntungkan sama sekali apabila kita kehilangan sebilangan skala daripada perdagangan rokok seludup. Berbilion yang hilang itu penting untuk keadaan ekonomi semasa, di mana Covid-19 telah menjejaskan jutaan manusia, sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.
Bagi mengekang perdagangan rokok seludup, kerajaan perlu mencari punca utama melalui kolaborasi yang ditingkatkan di peringkat intra-regional, polisi dan penguatkuasaan yang lebih ketat. Kaji selidik ini telah memberikan jawapan iaitu kemampuan."
Selain itu, Akhbar turut mencadangkan kerajaan untuk menutup jurang harga antara rokok bercukai dan rokok seludup serta membuang rasa dan niat penyeludup untuk meneruskan kegiataan haram ini menerusi pelbagai program rohani.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kaji Selidik Persepsi Rakyat Malaysia Tentang Rokok dan Vape yang dijalankan Green Zebras ini, boleh klik sini.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.