seismik

“Kalau Nak Fahami Al-Quran, Jangan Taksub Pada 1 Teknik & Kena Berguru” - Hazeman Huzir

Dengar tu semua, jangan taksub sangat.

Cover image via Google

Selain dari pandai mengaji, setiap orang juga disuruh untuk membaca terjemahan ayat-ayat Al-Quran. Lebih-lebih lagi jika anda tidak pandai berbahasa Arab.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kiblat.net

Ini kerana Allah SWT ingin setiap orang untuk mendapatkan rahmat, hidayah, petunjuk, panduan dan pelbagai hikmah daripadaNya. Sebab itulah Dia memberi melalui Al-Quran.

Sebagai contoh, ketika umat Islam dilanda kesusahan, haruslah anda sedari bahawa semua itu hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita senantiasa ingat padaNya. Tidak kiralah ketika berada dalam kesenangan atau kesusahan.

Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi hikmah-hikmah yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran ini. Kerana itu, Allah SWT bertanya, "Mengapa kamu tidak memahaminya (Al-Quran)?"

Image via jombacaalquran

Oleh itu, setiap umat Islam haruslah menyahut seruan Yang Maha Esa untuk lebih memahami Al-Quran berserta maksudnya.

Insya-Allah.

Baru-baru ini seorang pengacara TV, Hazeman Huzir telah mengupas tentang topik memahami Al-Quran ini dengan lebih mendalam.

Namun, pesanannya adalah JANGAN TAKSUB.

Hazeman Huzir.

Image via Instagram @hazemanhuzir

Perkongsian tersebut ditulis oleh Hazeman Huzir atau lebih mesra dikenali sebagai Haze di laman Twitter miliknya pada 22 Januari lalu. Melalui rangkaian tweets yang dikongsi, ia telah berjaya meraih lebih 21 ribu RTs ketika artikel ini ditulis.

Malah, di penghujung rangkaian tweets ini, pengguna Twitter dan turut dikenali sebagai pendakwah bebas, @AdDien90 turut menyelitkan penjelasan yang lebih tepat untuk difahami oleh orang ramai supaya tiada salah faham.

Pada mulanya, ia pernah terjadi kepada dirinya ketika pemikiran sedang bercelaru.

Haze turut menyeru supaya orang ramai baca dan fahami apa yang cuba disampaikan ini sehingga habis.

"Terfikir macam mati itu senang tapi takut masuk neraka sebab amalan tak cukup..."

Bila tengok jam, baru dia sedar bahawa pada waktu itu tertera jam 5:16 petang, lalu...

Menurut rakannya, sejak dia kembali kepada Al-Quran, banyak benda yang dia berpuas hati dengan jawapan Allah.

Sebab itu kita kena 'mencari'. Hikmah itu sentiasa ada.

Tidak terhenti di situ, rangkaian tweets ini turut mendapat perhatian @AdDien90 yang juga berkongsi pendapatnya tentang topik yang dibincangkan:

Sebab itu jangan pernah berehat dari mengejar amal di dunia. Maka, anda tidak akan penat di akhirat kelak. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kata-kata serta pendapat dari Haze tak pernah tak deep :)

You may be interested in: