seismik

"Maaf, Itu Hanyalah Gurauan Semata-Mata. Nama Anak Saya Bukan Naruto"

Gomennasai!

Cover image via Instagram @shahsulaiman90

Sejak semalam lagi, berita tentang seorang bayi lelaki dinamakan Naruto ini telah viral di laman sosial terutamanya Facebook. Apa cerita?

Rupa-rupanya, seorang pelawak yang dikenali sebagai Shah Tapaw atau nama sebenarnya Mohd Shah Rizal Sulaiman telah memuat naik gambar anak keduanya di Instagram beserta sijil kelahiran anaknya. Di dalam gambar itu, nama anaknya yang tertera dalam sijil kelahiran tersebut adalah Muhammad Putra Naruto. Oleh sebab nama anaknya yang begitu unik, ramai netizen telah memberi komen dan kritikan terhadap pilihannya dalam memberi nama sebegitu kepada anaknya.

Ramai yang berpendapat mungkin minatnya yang tinggi terhadap kartun anime Jepun ini yang memberinya inspirasi untuk menamakan anaknya dengan nama watak utama kartun itu, Naruto.

"Saya minta maaf, saya betul-betul niat nak bergurau. Bukan nak timbulkan apa-apa isu. Terima kasih kepada semua yang telah memberi teguran secara berhemah. Saya amat menghargainya"

Namun, Shah telah pun tampil ke hadapan dan menerangkan perkara yang sebenar terhadap entri Instagram yang diposnya semalam. "Saya saja buat macam tu untuk usik ahli keluarga, biar mereka ingat saya betul-betul namakan anak saya Muhammad Putra Naruto. Sebenarnya saya namakan anak Muhammad Putra Iyyad. Kalau baca betul-betul kapsyen bawah gambar tu pun boleh tau yang saya sebenarnya bergurau. Takkanlah anak saya boleh jadi Hokage,” katanya.

Memang pada mulanya beliau berhasrat untuk memberi Naruto itu kepada anaknya, tetapi selepas mendapat komen bahawa maksudnya itu tidak begitu elok beliau melupakan hasratnya itu.

Dibawah ini adalah entri beliau yang terbaru bagi menjelaskan perkara yang sebenar

Apa-apa pun marilah kita mendoakan kesihatan bayi lelaki beliau, asyik nak komen pun susah jugak.

Shah Tapaw bersama anak pertamanya.

Image via Instagram @shahsulaiman90

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap tentang nama anak...

You may be interested in: