"Kerusi Belakang Pusing Sendiri" - Video Hannah Yeoh Di Parlimen Ini Bikin Netizen Seram
Hantu pun dah ambil alih kerusi MP dalam Parlimen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kadangkala kita sering dikejutkan dengan pelbagai situasi yang 'menyeramkan' bukan?
Sama seperti tularnya satu video di media sosial ini yang dimuat naik sendiri oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh di laman Twitter rasminya.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 18 saat itu, beliau menuntut penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan berkenaan isu rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan Taman Rimba Kiara di Parlimen.
Walau bagaimanapun, dalam video tersebut dilihat terdapat kerusi di belakangnya 'bergerak secara sendiri' ketika beliau berucap bermula pada saat ke-11.
Tonton video berkenaan di bawah:
Tiada individu yang dilihat duduk di kerusi berkenaan ketika ia berpusing sendiri
Hasil semakan SAYS Seismik di portal rasmi Parlimen Malaysia mendapati kerusi tersebut memang 'kosong' dan tiada pemilik berdasarkan tempat duduk Ahli Dewan Rakyat.
Malah ketika Hannah Yeoh berucap, difahamkan tiada individu yang dilihat duduk di kerusi berkenaan ketika ia berpusing sendiri.
Berikut kami sertakan juga kedudukan tempat Ahli Dewan Rakyat berdasarkan gambar rajah yang dimuat naik di portal rasmi Parlimen Malaysia:
"Hantu pun dah ambil alih kerusi MP dalam Parlimen" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis video itu sudah pun meraih lebih 70.8K views, 392 retweets dan 551 likes di laman Twitter.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen berseloroh mengatakan kemungkinan besar terdapat 'hantu' yang tinggal di bangunan Parlimen kerana setelah kian lama 'ditinggalkan' dan tidak dibuka.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Alamak seram sejuk pula bila tengok video ni balik, korang rasa kerusi tu 'berpusing' sendiri kenapa?