"Kurus Dengan Cara 'Berjalan' Sahaja!" - Dua Individu Ini Kongsi Kisah Mereka. Menariknya!
Nak kurus senang aje, yang penting kena kuat semangat dan usaha sendiri. Ok?
Setiap orang pasti mengimpikan bentuk badan ideal dan sihat bukan? Ramai di luar sana sanggup membuat pelbagai cara sekalipun untuk kurus sehingga menjejaskan kesihatan. Bahaya betul!
Tapi anda tahu tak sebenarnya tak susah pun untuk kurus dan sihat. Yang penting mestilah ada kesabaran dan konsistensi. Bukan sehari bersenam dah boleh kurus ya!
Di sini kami ingin kongsikan dengan anda tentang pengalaman dua orang penulis OHBULAN! yang telah menyahut cabaran untuk berjalan setiap hari dan bagaimana aktiviti itu turut membantu mereka menurunkan berat badan dan kekal sihat!
Dua orang penulis OHBULAN! ini mempunyai aktiviti harian yang berbeza namun persamaan mereka adalah bekerja di office dan sukar bagi mereka mencari masa untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh
Oleh itu, cabaran mereka kali ini adalah untuk berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari. Untuk pengetahuan anda, berjalan 10,000 langkah sehari bersamaan dengan 6.5 kilometer dan daripada aktiviti berjalan ini sahaja anda boleh membakar sebanyak 380 kalori bersamaan sekeping roti canai.
Saya tak sangka, berjalan pun boleh bantu untuk menurunkan berat badan!
1. Hari Pertama - Isnin, 15 Julai 2019
Mastura: Aktiviti harian saya ialah setiap hari berjalan ke pejabat dan purata aktiviti jalan kaki sehari saya ialah 5,000 langkah. Jadi sebab saya sahut cabaran ni, saya kenalah tambah langkah saya dengan jalan kaki sekeliling kawasan Uptown. Hasil akhir saya 9,921 untuk hari pertama. Okaylah.
Asyraf: Saya setiap hari ke pejabat dengan motor, so saya memang tak banyak jalan kaki. Saya pergi ke Curve saja je nak jalan lebih sikit. Yelah, kalau masuk mall ni, kena jalan-jalan pusing tengok barang. Tak sangka pula saya dapat 10, 670 langkah hanya dengan jalan dalam mall je.
2. Hari Kedua - Selasa, 16 Julai 2019
Asyraf: Saya ni orang Shah Alam, tapi I-City pun jarang pergi. So, hari ni saya jalan-jalan la kat I-City, kawasan ni boleh tahan besar siap ada laluan pejalan kaki pergi mall. Kat I-City je, saya berjaya dapat 10,767 langkah.
Mastura: Hari kedua saya buat aktivti mingguan iaitu beli barang rumah, tak sangka jalan-jalan pusing pasaraya cari barang keperluan pun boleh capai 10,837 langkah. Saya tak sangka pula selama ni saya banyak berjalan dalam tu.
3. Hari Ketiga - Rabu, 17 Julai 2019
Mastura: Habis office hour selalunya saya terus balik rumah, tapi hari ni saya singgah taman permainan dan jalan-jalan di laluan yang disediakan sambil feeling-feeling dengar lagu. Tup-tup tengok dah 11,439 langkah saya lakukan.
Asyraf: Aktiviti wajib saya setiap Rabu ialah pergi ke pasar malam Saujana Utama, Shah Alam. Dahlah besar pasar malam ni pusing-pusing pilih makanan je saya dapat 10,511 langkah. Macam tak percaya pula.
Jalan banyak tapi kaki tak sakit pun. Power betul!
Dah hari ketiga cabaran dan mereka masih okay dengan cabaran berjalan ini. Selalunya kalau jalan banyak-banyak ni mesti sakit kaki. Nampaknya kami membuat pilihan kasut yang tepat dengan menggunakan kasut jenama Skechers Gowalk 5!
Tapaknya yang mempunyai Air Cooled Goga Mat membantu menyerap tekanan semasa berjalan. Jadi, kaki pun tak akan sakit!
4. Hari Keempat - Khamis, 18 Julai 2019
Asyraf: Hari ini saya ke Uptown Shah Alam, banyak rupanya kedai dan makanan yang best kat sini. Pusing Uptown je, saya berjaya buat 10,650 langkah.
Mastura: Hari keempat saya buntu sikit nak jalan ke mana. Jadi saya pun paksa la office mates food hunting. Nasib baik tempat kerja kami banyak tempat makan yang menarik dan viral. Jalan-jalan cari makanan je pun dah 11,602 langkah tau. (Food hunting dibuat selepas waktu bekerja ya.)
5. Hari Kelima - Jumaat, 19 Julai 2019
Mastura: Sebab rutin saya ialah balik Shah Alam setiap hujung minggu, jadi kalau selalu saya tumpang kakak, kali ni saya balik naik pengangkutan awam daripada Damansara ke Shah Alam. Fuhh, sesak jugalah. Nasib saya survive, siap dapat buat 14,202 langkah okay!
Asyraf: Hari Jumaat yang dinantikan sebab esoknya cuti! Habis je waktu kerja saya terus ke Setia City Mall di Setia Alam. Bukan sebab saya nak shopping tau, tapi sebab saya nak jalan-jalan di sekitar tasik yang terletak berhadapan dengan pintu masuk mall. Jalan-jalan pun dapat 11,951 langkah.
6. Hari Keenam - Sabtu, 20 Julai 2019
Asyraf: Apa yang menarik lagi kat Shah Alam? Kali ni saya ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Banyak je aktiviti boleh buat kat sini. Tapi saya mestilah pilih untuk berjalan. Banyak pokok-pokok yang cantik dan haiwan yang anda boleh tengok. Saya punya terleka sampai tak sedar dah buat 12,414 langkah hari ni.
Mastura: Hujung minggu, daripada tak buat apa-apa kat rumah saya pergi ke Hutan Eco Rimba, Kuala Lumpur. Dahlah dapat hirup udara segar tengah-tengah bandar laluan kat sini pon best tau, ada jambatan tergantung yang boleh tengok kawasan sekitar Kuala Lumpur. Jalan kat sini je saya dapat 12,778 langkah.
7. Hari Ketujuh - Ahad, 21 Julai 2019
Mastura: Hari terakhir, saya try acah-acah jadi tourist. Saya ke Bukit Bintang, Muzium Seni Visual, Pasar Seni dan Central Market. Dia punya berpeluh jangan cerita tapi yang seronoknya saya dapat buat 18,915 langkah.
Asyraf: Hujung minggu saya selalunya berehat di rumah, tapi sebab semangat nak habiskan cabaran, saya bawak kucing saya jalan-jalan kat taman berdekatan rumah. Jalan dengan kucing pun saya dapat buat 13, 288 langkah. Rupanya tak susah pun nak sihat ni, kena rajin je!
Skechers Gowalk 5 memang kasut terbaik untuk berjalan!
Tahukah anda, jika mereka berdua ini tidak mendapat cabaran untuk buat 10,000 langkah ini, mereka sendiri tak yakin bahawa mereka mampu untuk berjalan lebih 10,000 langkah sehari. Tapi apa yang anda perlu tahu, pemilihan kasut haruslah tepat supaya lebih selesa bila berjalan dan tak membebankan kaki.
Sebab itulah mereka memilih Skechers Gowalk 5 untuk digunakan kerana GoWalk 5 ialah kasut dengan teknologi dual-density Ultra Go Outsole yang dilengkapi Comfort Pillar Technology. Ia membuatkan kaki lebih selesa dan langsung tak rasa sakit walau berjalan jauh. Buktinya, mereka berdua siap terlebih berjalan lagi!
Mastura baru jalan seminggu pun sudah berjaya turun berat 2kg. Ini kalau dilakukan secara konsisten boleh turun lagi banyak. Tapi yang penting jangan malas nak berjalan. Tak susah pun untuk amalkan gaya hidup sihat!
Boleh dicuci menggunakan mesin basuh!
Selain itu, kasut Skechers Gowalk 5 ini juga dihasilkan menggunakan material yang breathable dan dilengkapi dengan Air Cooled Goga Mat. Menariknya, walaupun mereka pakai dari pagi sehingga malam, kaki mereka langsung tak berpeluh dan tetap rasa selesa.
Paling menarik, kasut ini juga sangat mudah untuk dibersihkan kerana ianya dapat dicuci dengan mesin basuh. Memang terbukti bahawa kasut Skechers Gowalk 5 ini berkualiti dan tahan lasak!
Konklusinya, mereka berdua ini memang recommend anda untuk miliki kasut Skechers Gowalk 5 ini sebab ianya sesuai dan sangat selesa untuk dipakai terutamanya bagi anda yang suka berjalan jauh termasuklah untuk ke tempat kerja.
Sebarang maklumat lanjut tentang produk Skechers ini, anda boleh layari laman sesawang SKECHERS!
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.