"Lain Macam Hobi Dia" - Remaja Kumpul Habuk Getah Pemadam Selama 11 Tahun Sampai Jadi Bola
Agaknya apa motif dia ya?
Setiap daripada kita mesti mempunyai hobi dan minat masing-masing untuk mengisi masa lapang bukan?
Hobi seperti menyanyi, menari, melukis, melancong dan makan itu sudah biasa kita dengar. Tetapi pernahkah anda dengar hobi suka mengumpul habuk pemadam sehingga menjadi bola? Rare bukan?
Namun, itulah realitinya apabila seorang remaja lelaki dari China ini viral gara-gara hobinya yang suka mengumpul habuk getah pemadam selama 11 tahun sehingga menjadi sebesar bola besbol. Wow!
Menurut sumber, remaja lelaki berkenaan telah menyimpan semua habuk getah sejak dia berusia tujuh tahun sehinggalah sekarang.
Pernah muncul di televisyen sebab saiz habuk getah pemadam sebesar bola besbol, kini berat sudah melebihi satu kilogram
Remaja bernama Guang Ying yang kini sudah mencecah 18 tahun itu sekali lagi muncul di kaca TV Jepun apabila dia masih lagi mengekalkan hobi suka mengumpul getah pemadam tersebut.
Menurut sumber lagi, Guang Ying tidak mahu berhenti daripada hobi ini kerana berhasrat ingin menyerahkan koleksi bola getah pemadam itu kepada anaknya satu hari nanti.
Malah, dia siap membalut bola pemadam itu dengan plastik dan menyapu minyak masak untuk memudahkan habuk baru melekat pada bola tersebut.
Ditanya mengapa hobinya sebegitu, remaja berkenaan menjelaskan bahawa bola itu adalah 'lucky charm' baginya kerana dia sering mendapat keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan. Jadi dia tidak akan berhenti dan akan menggunakan bola itu sebagai pemadam getahnya.