seismik

Lelaki Ini Tak Dapat Tahan Sebak Bila 'Kawan Baik' Sendiri Tolong Uruskan Hal Kahwinnya

Siapa potong bawang ni.

Cover image via @nashkhiruddin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti mempunyai kawan baik mereka sendiri bukan?

Dengan merekalah kita berkongsi kisah sedih dan melakukan aktiviti 'gila-gila' bersama sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Tentu momen itu tidak akan dapat dilupakan, lebih-lebih lagi kalau kita sudah mengenalinya bertahun lamanya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki terharu kerana kawan baiknya membantu untuk menguruskan pakaiannya semasa berkahwin.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nashkhiruddin

I hope I always be there for you these 9 years, from the day we know each other until you get married, I hope ths frndship last 4evar. ##fyp

original sound - Nash Khiruddin

Tak dapat tahan sebak tonton video kawan baik sebelum menjadi suami orang

Menerusi video tersebut, kelihatan kawan baiknya itu telah menguruskan pakaian perkahwinannya dari atas hingga ke bawah.

Lelaki yang dikenali sebagai Nash Khiruddin itu menulis kapsyen berharap agar persahabatan mereka selama 9 tahun akan terus berkekalan walaupun kawannya itu sudah mendirikan rumah tangga.

Dia juga kelihatan bersungguh-sungguh mempersiapkan kawannya itu agar nampak segak dan tampan di hari bahagianya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah bila si pengantin lelaki menonton kembali video kawannya yang dipost itu sehingga mengalirkan air matanya. Ianya sempat dirakam oleh isteri si pengantin dan dihantar kepada Nash.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@nashkhiruddin

Reply to @iskndrtw We both cried. Received this video from his wife, after he saw my post. ##bff ##fyp

Kenangan Terindah - SAMSONS

"Aku kalau bab persahabatan ni aku cukup touching" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terharu dan sedih selepas melihat video tersebut.

Ternyata ramai yang memberikan reaksi sama dan berkongsi pengalaman selepas kawan baik mereka berkahwin. Ianya adalah satu momen yang sedih tetapi bahagia untuk kawan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 178.2K views, 12.6K shares dan 177 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Walaupun status dah berbeza tapi persahabatan itu still kekal okay ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: