Lelaki Ini Sanggup Kunci Diri Selama 55 Tahun Sebab Takutkan Wanita. Biar Betul?
Pelik tapi benar.
Setiap orang pasti mempunyai perasaan takut atau trauma dengan sesuatu perkara akibat insiden lampau yang pernah dialami
Namun begitu, kita juga perlu tahu cara bagaimana untuk mengatasi perasaan takut itu agar ia tidak mendorong ke arah yang lebih teruk.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 71 tahun di Afrika ini apabila dia bertindak mengasingkan dirinya selama 55 tahun disebabkan wanita. Hmm, agak-agak kenapa boleh jadi sampai macam itu ya?
Tak boleh dikelilingi individu berlainan jantina sejak umur 16 tahun
Menurut dokumentari yang disiarkan di akaun YouTube Afrimax English, Calllitxe Nzamwita yang berusia 71 tahun itu telah tinggal di sebuah rumah terpencil yang dikelilingi dengan pagar setinggi 15 kaki selama setengah abad.
Difahamkan, dia merasa takut kepada wanita sejak remaja iaitu ketika berusia 16 tahun. Menurutnya ketakutan itu mula tercetus selepas dia merasakan tidak boleh dikelilingi dengan individu berlainan jantina, apatah lagi jika perlu bercakap dengan mereka.
Disebabkan ketakutannya itu, dia membina pagar kayu di keliling rumah dan tidak keluar sejak zaman remaja.
Merasakan diri mengalami gynophobia
Walaupun tidak pernah didiagnosis sebarang penyakit fobia, namun lelaki itu percaya dia mengalami gynophobia iaitu satu keadaan yang jarang berlaku seperti ketakutan yang tidak masuk akal terhadap wanita.
"Saya tidak mahu berada di sekeliling wanita kerana ia menakutkan. Saya mengunci diri saya di sini dan mempunyai pagar di sekeliling rumah untuk memastikan tiada wanita yang datang dekat kepada saya," katanya.
Untuk pengetahuan anda, gynophobia adalah satu perasaan fobia yang timbul apabila seseorang berdekatan dengan wanita. Namun begitu, penyakit ini bukan hanya menyerang kaum lelaki, sebaliknya turut dirasakan oleh sesetengah kaum wanita.
Walau bagaimanapun, komuniti wanita dari Nzamwita sentiasa menjaganya apabila mereka turut meninggalkan makanan, pakaian di halaman rumah yang terkunci. Malah setiap barangan itu juga turut digunakan oleh lelaki tersebut.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!