seismik

[VIDEO] Nora Danish Sebak, Tak Percaya Dapat Khatam Al-Quran Pada 9 Malam Terakhir Ramadan

Tengok video dia pun dah rasa sebak hati. :(

Cover image via Instagram @noradanish

Umum sedia maklum bahawa Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca, dihafal atau ayatnya dijadikan hiasan pada dinding rumah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian Plus

Malah, Al-Quran ini perlu diterjemahkan dalam kehidupan setiap umat Islam di dunia ini. Menurut sabda Nabi Muhammad dalam sebuah hadis bermaksud:

“Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan alif laam miim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Oleh itu, sebagai seorang umat Islam, kita perlulah menjadi golongan digelar sebagai sebaik-baik umat iaitu terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

Hari ini, seorang pelakon popular iaitu Nora Danish telah memuat naik satu video meluahkan perasaan sebak dan gembira setelah berjaya khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir bulan Ramadan

Nora Danish bersama suami dan dua orang anaknya.

Image via Instagram @noradanish

Nora memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya dan telah berjaya meraih lebih 80,900 ribu tanda suka ketika artikel ini ditulis.

Ternyata, Nora sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu untuk melakukannya walaupun jadualnya yang senantiasa padat dan penuh dengan aktiviti serta kerjayanya sebagai seorang selebriti terkenal tanah air.

Nora turut memberitahu bahawa Khatam Quran ini dihadiahkan buat arwah bapanya.

"Dengan jadual Nora yang padat, niat nak Khatam Al-Quran bertahun-tahun tersekat..." - Nora Danish.

View this post on Instagram

Ya Allah , Syukur Alhamdullilah. Mengalir air mata kegembiraan. Mcm tak percaya dapat Khatam pada 9 malam terakhir Ramadhan SubhanAllah. Allah Maha Mengetahui. Khatam Quran ini Nora ingin sedekahkan Pada Arwah Papa. Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Ampunilah dosa dosa nya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengasihani , Maha Penyayang Dan Maha Pengampun Terima lah ya Allah bacaan hamba Mu yg tidak sempurna ini SesungguhNya Allah Maha Penerima. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang , tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora Yg padat, niat Nak Khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal , so nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan , takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya , saya pula berminat dengan pen digital itu , Jadi saya pula start mengaji Aturan Allah Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO , lagi berkobar jiwa raga ini. Thank u babe, u pendorong semangat I. Harap post nora ini , akan pula membuka niat pada mereka Yg lain. InsyaAllah. Sama sama kita share benda yang baik. Pada mula nya. Satu muka surat nak habiskan rasa susahhhhh nyaaaa. Lama lama 5 muka surat, jadi 10 , jadi 20 , jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari. Sampai Rasa tak sabar Nak bgn tido n start mengaji. MasyaAllah. Berkat Doa lepas solat bersungguh2 sampai menangis minta Allah berikan jalan mudah untuk mengaji. Nak sangat hadiah pada arwah papa dalam bulan penuh keberkatan ini. Allah Maha Mendengar. Terima kasih kepada PU Hafiz untuk Quran digital pen ini. Juga Terima kasih pada followers Yg Mendoakan Setiap kali nora share perjalanan Khatam ini. Dan perjalanan Khatam ini tidak akan sempurna tanpa Doa Suami & Ibu tercinta Terima kasih , love u both. Suami Yg byk bersabar mendengar suara sumbang Setiap hari ‍ Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next , terjemahan

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Syukur Alhamdulillah.

Walaupun berbaki 9 hari lagi sehingga tamatnya bulan Ramadan, Nora berjaya menghabiskan waktunya dengan mengaji dan akhirnya khatam Al-Quran.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: